f Secubit Garam: Pla Rad Prik

N3 Terkini

Tuesday, July 14, 2009

Pla Rad Prik


Jom kita g Thailand!!

Masakan yg cukup menyelerakan, sekali lg dr buku resipi masakan Thai. Bagi sapa2 penggemar masakan Thai, cuba laa resipi ni. Memang K.Nor rekomen nih, boleh bg 2 thumbs up. Bukan la niat nak angkat bakul sendiri, tp mmg sedap tau. Macam biasa lah, masakan Thani mmg tak leh lari dari rasa masam, manis dan pedas. Itu yg buat laju jer makan nasi, tp kalau nak sedap lg pekena dgn lauk bersantan. Macam K.Nor hari ni, buat sotong masak lemak cili api. Memang ngam sgt dua lauk ni. Cik Abg pun cakap sodaaaaaaap! :)


Pla Rad Prik ~ Ikan Garing dgn Sos Cili

350gm ikan siakap ~ k.nor guna ikan tenggiri
1/4 cawan tepung serbaguna
1 cawan daun kemangi ~k.nor guna daun pudina
minyak utk menggoreng

Hiris ikan nipis2 dan toskan.
Celup ikan dlm tepung dan goreng dlm minyak banyak (deep fry) hingga keemasan dan garing.
Toskan dan ketepikan.
Goreng daun kemangi/pudina hingga garing dan toskan.
Hidang ikan atas piring dan tuangkan sos cili diatasnya.
Hiaskan dgn daun kemangi/pudina yg dah digoreng.

Sos Cili
1/2 cawan bawang putih ~ dicincang
1/4 cawan cili padi/merah ~ dipotong dadu
3 bj cili kering ~ dipotong
3 sudu minyak sayuran
1 sudu besar sos ikan
1/2 cawan gula
1/2 cawan cuka
1/2 sudu teh garam/secukup rasa

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili yg didadukan dan cili kering hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain dan masaklah hingga sedikit pekat.
Padamkan api dan boleh la dituang atas ikan td.

Tip dr buku masakan tu :
celup ikan dlm tepung serbaguna yg kering, supaya tidak melekat pd kuali

Cuba ya, jgn tak cuba..

5 comments:

  1. menu umah kak nor ni sedap2 la..

    ReplyDelete
  2. Nak makan kat sini jer lah....dah mongah ni....tu la cam dia org ckp..boleh bukak restoren Selera Thai...Mek Nor...wah dah Glam...dah tu!

    ReplyDelete
  3. eh macam senang lah! (tgk kat tmpt org semua mcm senang, buatnya tak jugak, haha)

    ReplyDelete
  4. Susah plak nak sebut resipi neh Kak Nor...hehehe... tapi nampak best jer... kalau kena ngan sotong masak lemak cili api tu lagi laa best..:D

    ReplyDelete
  5. ijan .. tu la duk mereka nak cari partner lauk ikan ni.. mmg sedap!

    ReplyDelete