f Secubit Garam: Moist Choc. Cake

Friday, July 31, 2009

Moist Choc. Cake

ermmmmmmmmmmmm........ YUMMY!!!!!!!!!

Kalau sebut Moist Choc. Cake dgn topping yg meleleh, tak perlu ayat panjang lebar, kan.. Semua pasti tergoda. So tak payah cakap banyak.. pandang lah..lihat lah aje ... ^___________^ Pastu, g godek sendiri kat dapur atau g kedai kek, hulur duit, ngap jer hehehe...

Kek ni K.Nor buat spesel utk courrier man, yg datang dari jauh.. yg menjadi penyampai hadiah utk K.Nor dr seseorang.. tak leh cakap, kang ada yg marah2 dan jeles kang.. Hari tu dah buat Choc Cheese Muffin utk dia, tp malangnya tak jadi rezeki dia, sbb dia tak jadi balik ganu pd hari tu. Ni yg K.Nor buatkan Kek Cekelat ni pulak, sebagai ucapan terima kasih kerana sudi menghantar barang2 tu ke tangan K.Nor. Yer la org berbudi, kita berbahasa kan.. Alhamdulillah, si kakaknya cakap yg si adiknya, suka dgn kek cekelat. Mudah2an kek tu sedap kat anak tekak that guy.. :)

MOIST CHOC. CAKE
  • 250gm butter
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan gula perang
  • 4 biji telur (A)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 cawan susu segar suam
  • 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • Utk choc ganache:
  • 150gm coklat masakan
  • 1 sudu besar susu pekat
  • 1/4 cawan air panas
  • 1 sudu besar butter
  • Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  • Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
  • Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
  • Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
  • Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
  • Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
  • Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.