f Secubit Garam: Bun Pandan Berkaya 2

N3 Terkini

Sunday, July 12, 2009

Bun Pandan Berkaya 2

Mood meroti tak abis lg nih. Bun kentang semalam habis sekelip mata jer, tu yg meroti lg hari ni. Kali ni buat Bun Pandan Berkaya sekali lg.

Azie!!! tengok la bun akak, dah nak rentung kat atas tu ha.. ish3... sib baik tak tak rentung abis.. apa pun mmg best woo bun pandan ni..

Yang putar2 kastad kat atas tu cam biasa utk Luqman. Dia tak suka sekaya, so K.Nor picitkan kastard lebihan bun kentang semalam. Seronok abis dia, tak nak share dgn org lain semua yg letak kastard tu..

Che Mat, mintak izin nak letak resipi kat sini ya, senang wat rujukan lain kali.. 10Q

BUN PANDAN BERKAYA

bahan2:
350 g tepung roti (high protein flour)
200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
50 g gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 g serbuk santan
1 camca besar susu tepung
1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
30 g mentega
1 camca teh pandan paste

bahan hias :
Kelapa kering secukupnya
Seri kaya secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...
  2. Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.
  3. Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan.

5 comments:

  1. ooooo ni dia ya wahhh gebus..gebus..gebus...tak leh jadik ni kena meroti gak ni ihihihhihi...mujur tak rentung kan kakakakakaka sedaaapppnyer kak

    ReplyDelete
  2. Gerau heran betul kalau orang terror buat kek n roti ni. Kira taraf boleh bukak kedai rotilah. Tabik betul.

    ReplyDelete
  3. azie ... haa tu la duk melayan mek pasir gudang sembang sangat, sib baik tak rentung terus bun akak :P

    geraugebang ... tak ada la terror mana k.nor ni gerau.. banyak lg yg perlu dipelajari.. :)

    ReplyDelete
  4. Gebu2nya roti akak neh... rentung cikit2 tu takpe Kak... hitam manis cenggitu..heheh...

    ReplyDelete