f Secubit Garam: Dadih Homemade

Saturday, July 11, 2009

Dadih Homemade

Ni utk membasahkan tekak yg kekeringan seharian... Lama betul tak buat ni. Mula2 dulu buat resipi ni, K.Nor buat dgn susu lembu fresh yg dibeli kat pasar tani tau. Sekarang ni dah tak ada org jual lg susu lembu tu dan dia org pun buat dadih utk jualan guna susu tepung jer(ni K.Nor tanya sendiri dia org)

Masa mula2 create resipi dadih ni, punya laa tensen. Resipi yg org Pej. Haiwan bg ke cik abg tu, org kata boleh buat baling kat dinding, keras dan cam agar2 kosong. Sedih sgt masa tu, tp cik abg yg galakkan suruh try & error lg. Kes kesiankan anak2 yg excited nak makan dadih hasil tangan emak sendiri, K.Nor try jugak. Setelah K.Nor edit, berkali2, kalau tak silap lebih kurang 10x baru la dpt hasil yg spt sekarang ni. Alhamdulillah, cukup memuaskan. Sapa2 yg makan mesti kata sedap, dan mesti mintak resipi. Kalau dpt buat dgn susu lembu yg fresh lg best tau. Tp K.Nor tak pernah lg cuba buat dgn susu kambing sbb susu kambing pun payah gak nak dpt kan..

Ni resipi yg mula2 K.Nor post kat MyR, tp kali ni diedit sket utk memudahkan lagi cara nak buat..

Dadih

10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
2 liter susu segar
1 1/4 cawan gula (atau 17 sb gula)
1.2 liter air
1 st garam
1 sb tepung jagung - dibancuh dgn 2 sb air

# yg ni terpulang pd masing2 ya..
coklat emulco dan pewarna coklat
strawberi emulco dan pewarna merah
pandan emulco dan pewarna hijau

  • Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih tp jgn terlalu lama dibiarkan mendidih nanti dadih menjadi keras. (Hendaklah sentiasa mengacau adunan ya)
  • Padamkan api dan biarkan seketika.
  • Sekiranya ingin jadikan dadih yg putih biasa tu, tak perlulah letak apa2 emulco atau pewarna.
  • Jika ingin hasilkan dadih berperisa coklat, ambil sebahagian dr dadih td, dicampurkan dgn coklat emulco dan perwarna coklat.
  • Begitu juga kalau nak perisa strawberi, masukkan strawberi emulco dan sedikit perwarna merah.
  • Biarkan adunan suam, baru la ditapis dan dimasukkan kedalam bekas yg diingini.
  • Sejukkan dlm peti ais sebelum dimakan.

Cakap bab dadih ni kan, masa along masih sekolah rendah dulu (darjah 4 kut.. 10 tahun dulu ) dia bawak ke sekolah dan jual kat kawan2. Alhamdulillah.. setiap hari licin semua.. tp tak lama, sbb ada cikgu sound kalau tak silap, takut org kantin marah.. Jadi sebelum org marah, kita org stop la walau dia suka sgt dpt jual dadih kat kawan2.