f Secubit Garam: Mee Goreng Basah

N3 Terkini

Monday, July 27, 2009

Mee Goreng Basah

Salam ...

Ni jer menu berbuka hari ni, mee goreng basah. Dah lama tak buat, rasa gak teringin nak makan. Yg simple2 gini la best kan.. Alaa.. kalau tak angkat bakul sendiri sapo lg nak tulung angkatkan... kan.. kan..


Selain dr mee goreng, K.Nor juga goreng keropok lekor dan Cik Abg lak beli ais cendol. Lupa lak nak snap gambar keropok lekor dan ais cendol.. Nyaman kan, hirup ais cendol masa berbuka puasa nih.. Dah la hari ni panas bukan main lagi, rasa cam nak teguk air berjag2 bila balik dr kelas dan kedai td.. ermm.. dugaan....

Utk danishahumaira :

Mee Goreng Basah

1 paket mee kuning
isi ayam ~ tepulang la nak letak banyak mana
udang ~ "
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1in halia ~ dicincang
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar serbuk lada hitam ~ kurangkan kalau tak mau pedas
2 sudu besar sos cili/tomato
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap pekat
2 biji telur
daun sawi/sawi manis (pak choy ke nama, lupa) ~ nak letak kobis pun tak per
carrot
cendawan tiram ~ optional
garam dan gula secukup rasa
air panas mendidih
minyak
daun saderi
limau kasturi/limau nipis

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan serbuk lada hitam. Masak hingga garing dan masukkan isi ayam.
Masukkan sos cili/sos tomato, sos tiram dan kicap pekat. Kacau.
Masukkan udang dan air panas didih, ikut banyak mana kita nak kuah tu.
Bila kuah mendidih, masukkan garam dan gula, carrot, sawi dan cendawan serta masukkan telur.
Masukkan mee dan biarkan mendidih kejap baru la dipadamkan api dan kena segera hidangkan dlm pinggan. Tabur daun saderi dan perahkan limau kasturi/nipis masa nak makan.
Jgn biarkan mee dlm kuali, nanti kuah akan kering.

# nak letak serbuk pati ayam pun boleh, terpulang..
# nak letak bahan2 lain spt fishball ke, tomato buah ke, taugeh ke, boleh aje, terpulang pd cita rasa masing2..
slmt mencuba, semoga kena dgn selera danishahumaira :)

6 comments:

  1. sedapnya berbuka dgn cendol...sejuk tekak

    ReplyDelete
  2. Aduii... sedapnye nampak! meriah dengan lauk pauk mee goreng kak Nor nie... nak ngap jer rasanya. huhu

    ReplyDelete
  3. Salam Nor...ni baru betul mee goreng basah...kadang2 bila order kat kedai...anak Watie yg sulong selalu komplen...tak sempat jadi mee goreng dah letak air...dah nak macam mee celur jer...Bukan semua org boleh berniaga...tul tak Nor???

    ReplyDelete
  4. ehmm.. sedapnye.. boleh buat resepi berbuka ptg ni...

    ReplyDelete
  5. nmpk sedap & terliur kejap.. am memang hantu mee lagi2 mee basah kalau makan kat luar slalu gak order mee basah. rasa laparlah nor..

    ReplyDelete
  6. CM .. mmg sedap!

    ijan .. lagi meriah lagi syokkan ijan :)

    watie .. betul2 tak basah mana kan..

    ummi afifah .. slmt memasak dan slmt berbuka ya..

    amflora .. aik sizzling yee mee dah abis ke? hehe nor pun hantu mee am.. suka benor dgn mee, nak2 mee kari

    ReplyDelete