f Secubit Garam: Kerabu Daun Selom

N3 Terkini

Sunday, July 19, 2009

Kerabu Daun Selom

Kerabu Daun Selom

Lauk lunch hari ni..
Kari ayam, ikan kembung goreng, kerabu daun selom dan sambal tempoyak mentah.

Utk Rabiatun (resipi campak2 jer ni Tun, kalau tak sedap sori la ya..)

Kerabu Daun Selom

daun selom ~ basuh bersih dan toskan
3 sudu besar udang kering
1/2 cawan kelapa parut
3 ulas bawang merah
1 btg serai
1 bj cili merah ~ nak lebih pedas tambah jer cili padi
1/2 besar lada hitam serbuk
1 bj limau nipis
garam dan gula secukup rasa

Hiris daun selom dan ketepikan.
Goreng kelapa parut dan udang kering (goreng tanpa minyak). Tak perlu goreng lama, sekejap jer.
Tumbuk bahan2 yg digoreng td bersama bawang merah, serai, cili merah/cili padi.
Masukkan bahan2 yg ditumbuk ke dalam bekas daun selom.
Masukkan juga serbuk lada hitam, perahan limau nipis serta garam dan gula secukup rasa.
Gaulkan hingga sebati dan boleh la dihidangkan.

Kaedah ke2:
Tumbuk kesemua bahan2 ~ kelapa parut, udang kering, bawang merah, serai dan cili.
Lepas tu goreng (tanpa minyak) bahan2 yg ditumbuk dan masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Jgn goreng terlalu lama, tutup api dan masukkan ke dalam bekas daun selom yg dah dihiris.
Masukkan perahan limau nipis dan gaul hingga sebati.

## kalau suka boleh masukkan sedikit belacan yg dibakar, dan tumbuk sekali dgn bahan2 yg lain.

9 comments:

  1. Salam Kak Nor.. sama lak menu hari nie.. saya pon buat kerabu daun selom. Tempoyak pon ada gak. Macam berjanji jer..

    ReplyDelete
  2. jamie .. satu kebetulan yg menyelerakan ... hehe

    ReplyDelete
  3. Aduss Kak Nor.... semua neh lauk2 idaman kalbu I neh... especially kerabu selom ngan tempoyak tuh.. kak Nor neh kejam lah!!! terseksa kite tgk lauk2 yg sangat best tue...!!! huhuhu

    ReplyDelete
  4. salam nor..sedapnya kerabu selom tu..tak pernah buat lagi ni..

    suka tgk budak-budak kecik tu..muka yang tak ada dosa..jernih aje air muka mereka..

    ReplyDelete
  5. K nor, mana daku nak cekau daun selom nie? suka sangat kerabu nie... huhuhu... :)

    ReplyDelete
  6. ijan .. aduhai.. kejam ke huhu..sian plak mak yung yg duk jauh2 ni ya...

    k.ina .. w'salam k.ina, buatnya mudah jer, tp sedap bg org2 yg gemarkan kerabu

    aymy .. hehehe ramai gak ya peminat kerabu selom.. meh balik m'sia sekali lg.. :)

    ReplyDelete
  7. Untuk tun yer kak, thanks..lebiuuuu..muahhhh...

    ReplyDelete
  8. kak cedapnya kecur liur pose2 ni tau

    ReplyDelete
  9. tun .. ur welcome , semoga kena dgn selera tun ya

    mimi .. oo suka kerabu gak ya

    ReplyDelete