f Secubit Garam: Sekitar Pelancaran Kumpulan Qasidah Burdah Flat Pdg Hiliran

N3 Terkini

Saturday, July 18, 2009

Sekitar Pelancaran Kumpulan Qasidah Burdah Flat Pdg Hiliran

Salam....

Hari ni tuan rumah sakit kepala so cuti la main masak2. Sesekali nak amik MC gak kan, duk masakkkkk jer. Dapur, kuali dan senduk pun nak rest gak, apatah lagi tuan dia kan.. Jadi kita layan jer gambar2 kat bawah ni ya..

Petang td berlangsung majlis pelancaran kumpulan Qasidah Burdah Padang Hiliran di Surau Perumahan Padang Hiliran. Kumpulan Qasidah Burdah ni baru sgt2 ditubuhkan, gabungan antara anak2 penghuni flat Padang Hiliran dan Flat Polis bersebelahan. Baru sempat berlatih utk 2 hari, jadi persembahan dia org tadi tak leh la lawan persembahan Kumpulan Qasidah Burdah Ribath Pulau Manis yg dah hebat tu. ** maaf la ya K.Nor tak dpt beri nama yg tepat bg 2 kumpulan qasidah burdah ni, sbb masih tak dapat info dr org yg berkenaan. Bila dah dpt info yg tepat nanti, K.Nor edit balik.. sori..

Majlis dirasmikan oleh Ustaz Mustafa Kamal, ustaz yg menjadi pengerusi Ikatan Pengkajian Tauhid Tawawuf (IPTAF). Ustaz Mustafa Kamal ni lah yg memberi kuliah di madrasah beliau iaitu Madrasah AL Hidayah yg mana K.Nor dan suami hadiri secara mingguan, bi iznillah..

Tok guru K.Nor ni, Ustaz Mustafa Kamal.. muda lg ni tau, tp ilmu dia cukup hebat


Ni la kumpulan Qasidah Burdah Flat Pdg Hiliran yg baru ditubuhkan


Yg ni pulak Kumpulan Qasidah Burdah Ribath Pulau Manis
kalau nak tau, sebahagian besar dr anak2 kecil ni la yg terlibat dlm solat jenazah arwah FIL K.Nor tempohari(selain dr keluarga, saudara mara, jiran tetangga dll). Syahdunya melihat anak2 kecil yg tak ada dosa ni menyembahyangkan dan mengaminkan doa imam masa solat jenazah tersebut..


My little hero pun join gak :)

Mengikut kata ucapan Ust. Mustafa Kamal td, dgn adanya penglibatan anak2 kecil dan remaja dlm kegiatan sebegini, insyaallah dpt menghindarkan dia org terjerumus dlm kegiatan2 sosial yg tidak bermoral spt merempit, menghisap dadah dan sebagainya. Selain dr itu, dapat melahirkan anak2 yg berakhlak mulia kerana lagu2 yg dialunkan cenderung kepada memuji Nabi Muhammad s.a.w. seperti mana yg kita tahu, betapa indah dan mulianya akhlak nabi junjungan kita itu, kan.. Mudah2an anak2 ini dpt menjadi anak2 yg memberi manafaat kepada kedua org tua mereka dan berjaya di dunia dan akhirat.. amin....

Ok, makan time!

Sebenarnya K.Nor ada shoot video masa dia org ni buat persembahan, tp tak reti camna nak upload ke PC dr camera tu.. dah puas godek tp tak nak keluar. Nak kena berguru dgn cikgi Azie ni.Dah cuba call dia td, tp tak dapat lak. Agaknya makcik tu balik kampung kut. Nanti la bila dah dpt berupload, K.Nor akan post kat sini..

11 comments:

  1. Sejuk hati tengok anak2 kecil yang berserban ni... dekat umah saya pun kadang terserempak ngan anak2 kat sekolah tahfiz berhampiran...semua bersih wajah berjubah dan berserban...Subhanallah..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. fzi .. betul tu, wajah bersih tanpa secalit dosa

    ReplyDelete
  4. Salam..boleh saya dapatkan no tel kumpulan qasidah ini.. :)

    ReplyDelete
  5. Salam..boleh saya dapatkan no tel kumpulan qasidah ini.. :)

    ReplyDelete
  6. Salam..boleh saya dapatkan no tel kumpulan qasidah ini.. :)

    ReplyDelete
  7. Salam..boleh saya dapatkan no tel kumpulan qasidah ini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. maaf ya, lambat reply.. bz keterlauan lately..

      cuba contact amar 013 9489786 .. alhamdulillah.. group qasidah ni makin bagus perfomance dia org :)

      Delete
    2. soriii.. tereply guna acc google anak k.nor.. tak perasan td :)

      Delete
  8. Boleh minta contact no kumpulan qasidah ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba contact amar ni tp tak sure dia ada di msia skrg ni, dgr kata nak sambung belajar ovresea lps raya

      amar 013 9489786

      Delete