f Secubit Garam: Ayam Gajus Simple

N3 Terkini

Thursday, July 16, 2009

Ayam Gajus Simple

Yang ni lauk utk anak2, utk emak lauk budu jer.. Cik Abg tak lunch arini, sbb puasa. Minggu depan baru boleh join dia berpuasa. Nak buat camna, line tak clear lagi ler.. hehehe

Resipi Ayam Gajus Simple ni by Lina_pg@MyR. Lina, K.Nor mintak izin C&P resipi kat sini ya.. tq

  • 400 gram isi ayam (sy guna 2 ketul dada ayam - dihiris nipis)
  • 6 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
  • 1 cm halia (ditumbuk/dikisar)
  • 2-3 sudu makan cili boh (boleh ditambah/kurang)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)
  • 1 biji cili hijau (dipotong serong)
  • 1/2 cawan gajus
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam + Kunyit
  • Minyak
  1. Perasakan ayam dengan garam kunyit, gaulkan dgn tepung jagung.Goreng 3/4 masak dan ketepikan
  2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing, kemudian masukkan cili boh.Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram dan ayam.Kacau sebati
  4. Masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan gajus. Kacau sebati. Dah pun siap, enak disajikan dgn nasi putih.
# K.Nor goreng dulu kacang gajus tu sekejap, sebelum menggoreng ayam.

2 comments: