f Secubit Garam: Sizzling Yee Mee eh.. Sizzling Instant Mee :)

N3 Terkini

Thursday, July 23, 2009

Sizzling Yee Mee eh.. Sizzling Instant Mee :)


Nama kena la tukar kan, sbb tak guna Yee Mee, tp guna mee segera tanpa goreng Cintan. Ni atas request Cik Abg, dia yg makan gitu. Lagi pun males ler nak g cari yee mee. Dah mmg ada stok mee segera tu. Lagipun, rasa dia tetap sedap.. Resipi Sizzling Yee Mee ni dr Lily MyR. Memang sedap, memang mabeles, kalau tak, takkan cik abg duk repeat jer order menu ni.. Tapi tak guna hot plate la, guna hot wok jer.. hehe

Lily, K.Nor nak C&P resipi tu kat sini ya.. tq


  • 2-3 sanggul (gulung) yee mee
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 1 sudu besar cili mesin ~ yg ni K.Nor sj tambah, biasa la anak tekak melayu :)
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis
  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

5 comments:

  1. Meriah betol mee akak nie... kite dok simpan resipi nak buat tak pernah jadik lagi.heheh

    ReplyDelete
  2. ijan .. spt kata tuan resipi (lily) KITA YG BUAT DIA .. hehe letak jer la apa nak letak tu, kan.. buat la ijan, sedap

    ReplyDelete
  3. Nor... kena cuba gak lah satu hari nanti resepi ni. kalau anak2 x gemar ct makan sorang jer hehehe

    ReplyDelete
  4. sedap ni... bagus gak ni tak yah susah cari yee mee kan.. haiii kena masuk list gak ni

    ReplyDelete
  5. CT .. belum cuba belum tau, rasa dia lebih kurang mee hailam gak.. kalau tak nak membazir bila buat (incase anak2 tak makan) cuba beli kat food court/mall, utk testing rasa

    zai ..tu la, kat sini mmg payah nak dptkan yee mee, tu yg tukar ke mee segera tanpa goreng cintan tu..

    ReplyDelete