f Secubit Garam: Colek Ike Tenggiri

N3 Terkini

Tuesday, July 7, 2009

Colek Ike Tenggiri

Dulu pernah buat dah, tp menggunakan ikan aya/tongkol. Kali ni guna ikan tenggiri lak. Enak sih.. kena dgn nasi panas2. Za, izin ya, K.Nor nak C&P resipi kat sini.. tq

Colek Ike Tenggiri

4 keping ikan tenggiri
1/2 cawan air masak
2 sudu besar gula
2 sudu teh garam
5 biji cili api
2-3 biji limau nipis
1 inci belacan (bakar sikit)
1 biji tomato (potong dadu)
1 biji bawang besar (potong dadu)
Sedikit daun ketumbar/ daun limau purut/daun saderi (hiris)

Letakkan secubit garam pada ikan dan bakar dlm oven hingga masak.(Kalau bakar dgn kayu arang lebih sedap)

Campurkan air masak, cili, garam, gula, belacan dan perahan air limau dan blend. Tumbuk dengan lesung pun boleh. Letak dlm bekas dan gaulkan dengan bawang,tomato dan daun ketumbar.

Tuangkan kedalam pinggan berisi ikan yg telah dibakar. Sedia untuk dimakan dengan nasi panas.

Jom makan lauk kampung jer arini ya...

4 comments:

  1. salam Nor...kita tak pernah makan ni..nampak sangat sedap..pasti cuba nih

    ReplyDelete
  2. CM .. w'salam.. cuba la buat, sedap tau. penambah selera tu. cik abg nor siap pesan td, buat kerap sket tak per lauk tu.. :)

    ReplyDelete
  3. Bestnye set lauk kampung neh Kak Nor... setakat nak perabih satu dua pinggan takde masalah neh...

    ReplyDelete
  4. ijan .. waaahh dua pinggan boleh abis ya.. ni kes makan utk dua mulut kan.. hehe

    ReplyDelete