f Secubit Garam: Ting.. ting... ting..... Eskrim...... eskrim.........

Thursday, July 23, 2009

Ting.. ting... ting..... Eskrim...... eskrim.........

Takkan nak biar org duk Jepun jer buat eskrim M'sia. Kena la org duk M'sia buat gak, kan..

Kalau nak tau, eskrim ni banyak sejarah dlm keluarga K.Nor. Dulu masa kakak2 K.Nor masih dibangku sekolah (rendah kalau tak silap) berniaga eskrim ni tau. Dua org kakak K.Nor ni buat sendiri jer, pastu jual kat sekolah. Alhamdulillah, duit tabungan jualan eskrim ni dia org siap boleh beli rantai emas lg.

K.Nor pulak, masa Along dan Naim masih peringkat sekolah rendah pun buat gak eskrim ni utk jualan. Budak2 dtg beli kat rumah, tp yg tak bestnya modal abis, untung tarak. Sbb anak2 yg paling banyak 'beli' tp tak berbayar.. hehehe

Tu zaman dulu, zaman la ni pulak, Along K.Nor yg amik alih bisnes eskrim M'sia ni kat Jordan. Punya la laku, siap order dgn si emak, suruh poskan lagi plastik eskrim dan asam boi. Yg ni lagi terror, emak keluar modal, tp anak yg dpt untung bersih.. adeh... tak per Along, mak dah halalkan.. yer la kan, nak cari duit gak duk sana, cost of living tinggi kat Jordan kan.. Ina kan.. hehe.. Last year dia balik pun siap bawak balik sana satu paket besor plastik eskrim dan asam boi. Baru2 ni dia ada beritau, masih menjalankan bisnes eskrim ni, tp biasa la kena tunggu musim panas baru leh niaga eskrim. Kalau musim sejuk sapo nak makan!

K.Nor buat pelbagai perisa, sbb si Luqman ni tak suka asam2, tu yg kena buat yg dia suka. Okey, ada eskrim asam mangga (yg warna kuning), eskrim bandung (warna hijau), asam boi (warna oren), sirap + nata de coco (pink) dan laici + nata de coco (putih). Sapa nak beli! cepat.. cepat .., 20sen sebatang tak mahal dah kan.. dulu2 boleh la 10sen sebatang, skrg semua naik harga woo.. cepat, hilangkan haus anda dgn eskrim m'sia !!! heheheh eh jap!! .. all payment in cash ya.. buku 555 tak main la.. bila nak cepat kaya kalau main utang2 nih.. while stock last tau ^_____________^