f Secubit Garam: Ayam Kandar

N3 Terkini

Tuesday, July 21, 2009

Ayam Kandar

Kak Asma, jgn marah ya.. Nor guna ayam lak kali ni. Dulu dah buat menggunakan daging, kan. Smlm tengok yg Ika buat, terus teringin nak buat gak. Walau guna ayam, rasa tetap sedap..

Mintak izin ya K.Asma, nak letak resipi kat sini.. tq

Daging Kandar
  • 1/2 kg daging~ k.nor guna ayam
  • 6 ulas bawang putih/1 inci halia(tumbuk/blend)
  • 2 sudu besar kicap pekat maggi
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 pkt serbuk kari daging babas(1 1/2 pun boleh)
  • 1 labu bawang besar(dimayang)
  • 1 ulas bawang putih (dimayang)
  • KUlit kayu manis dan bunga lawang
  • sedikit daun kari
  • garam dan perasa
  1. daging dibersihkan hiris dan direbus(simpan air rebusan). kalau guna ayam tak perlu la direbus dulu ya..
  2. Tumiskan bawang besar,bawang putih,kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih dan halia yang ditumbuk halus dan juga daun kari.
  4. Kemudian masukkan campuran rempah tadi(kicap pekat,sos dan serbuk kari).kacau sebati.
  5. bila dah sebati kuah masukkan daging dan air rebusan daging.
  6. Masukkan garam dan perasa.kacau lagi
  7. Perasakan dan masak lah sehingga kuah menjadi pekat.
  8. sesuai dimakan dengan nasi dan roti

6 comments:

  1. salam nor,
    hai nor pun mengandar jugak ke ..semalam ijah mengandar daging hihi..kita nak kandar ayam la:)

    ReplyDelete
  2. CManggis .. w'salam CM, kes terliur tengok ika mengandar la ni, tp saja guna ayam, sbb dulu dah buat yg daging.. buat la CM, sedap!

    ReplyDelete
  3. pernah buat daging kandar resepi kakasma ni...blh try ayamlah...

    ReplyDelete
  4. salam nor, masak kandar ni memg sedap kan.. am dah pernah gak buat daging kandar malah ayam dan udang kandar pun dah buat.. best juga! semua blh dipelbagaikan... ikut tekak sendiri2 kan.

    ReplyDelete
  5. saya kalau masak pun mmg guna kari babas, kari lain tak syokkk...

    ReplyDelete
  6. suzi .. try la suzi.. sedap tau

    am .. w'salam..betul3 :)

    KOG .. alagapas pun not bad gak ..

    ReplyDelete