f Secubit Garam: Sup Tulang Lembu

Monday, July 20, 2009

Sup Tulang Lembu

Buat Sup Tulang hari ni utk berbuka puasa. Kes tengok Sue la ni, duk tayang sup tulang dia. Memang dah lama pun tak buat sup.

Kali ni K.Nor try buat sambal kicap tahun resipi Puan Deana yg sentiasa ceria manjang tu. Nak try makan sup dgn sambal kicap. Kalau org belah terengganu ni tak makan dgn sambal kicap, just makan gitu jer tp biasanya cicah dgn roti la. Nak lebih sedap kena la roti bantal. Roti bantal febret K.Nor sekeluarga semestinya hasil keluaran Kedai Roti Abdullah, Jalan Sultan Mahmud, bersebelahan stesen minyak petronas. hehe.. pomot jgn tak pomot, kedai org Islam kita ni..

Ni resipi sambal kicap tahun Puan Deana. Ana, akak letak resipi kat sini ya, ikut la nak marah ke tak pong.. tak dulik.. :P
  • 15-20 tangkai cili padi - ikut suka kepedasan
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil gula merah
  • 1 cawan kicap manis
  • minyak masak untuk menggoreng
goreng sebentar cili dan bwg putih sehingga meletup-letup cili. ~ tak nak kasi meletup, sila belah cili tu ya..
selepas itu angkat dan toskan biar sehingga sejuk
tumbuk kesemua bhn tadi termasuk gula sehingga lumat. ~ akak terlebih rajin, akak blend jer :)
setelah lumat keluarkan msukkan ke dlm satu bekas kedap udara dan gaulkan bersama 1 cawan kicap
sedia untuk dihidang untuk apa jua jenis lauk
*sambal ini thn lama klu x masuk peti sejuk kerana bhn2nya digoreng terlebih dahulu nk masuk gak pun boleh...tu le nama dia sambal tahun harap maklum.*



wahhh...... mmg asyik sungguh makan sup tulang td. Ni la 1st time makan sup dgn sambal kicap. Selama ni duk tengok org lain, asal wat sup mesti ada sambal kicap. Terasa jakun lak tengok org makan cam gitu. Yer la, org ganu tak makan sup dgn sambal kicap. Tp sekali makan, ya rabbi, sedap yg amat!! Ana, mmg best la sambal kicap Ana ni. Ecah pun suka bukan main lagi tadi. Berselera masing2 makan sup bercicahkan roti. Alhamdulillah.. kenyang perut dgn rezeki Allah Taala berikan..