f Secubit Garam: Chicken Blackpepper

Thursday, July 30, 2009

Chicken Blackpepper

Ni menu utk org tak puasa, utk org puasa, menu lain lak karang. Chicken Blackpepper by CtZura. Sedap kata org yg makan td, maknanya boleh buat lagi la tu.. Zura, K.Nor kopipes dr rumah Zura la ya, sbb MyR tak kebah lagi hingga la 1 Ogos ni. TQ

CHICKEN BLACKPEPPER
  • 300g ayam dipotong kecil
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • * 2 sk lada hitam & garam
  • Kuah
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 cawan air
  • 1 sb sos tomato
  • 1 sb kicap
  • tomato ceri -optional
  • salad, timun & daun sup sebagai hiasan
  • 1 sk lada hitam tumbuk
  • 1 biji bawang besar dihiris bulat
  1. Perap ayam dengan bahan* yang ditumbuk & juga garam Perap berapa lama pun boleh.. 1j, 2 j... 5j.. heheh..ikut kesukaan yer..
  2. Panaskan minyak, goreng ayam yang dah diperap tu agak2 3/4 masak...Tak perlukan minyak yg banyak.
  3. Kurangkan minyak gorengan ayam, terus masukkan bawang besar. Gaul rata, sampai bawang agak2 layu.
  4. Masukkan 1/2 cawan sos cili, air, sos tomato & kicap. Kacau rata..Masukkan lada hitam tumbuk. Rasa nak lagi cair, leh tambah air..
  5. Masak hingga ayam betul2 masak & kuah pekat.. Masukkan tomato. Perasakan ikut citarasa memasing. ( Bg saya dah x payah tambah perasa apa2, sebab sos & kicap dah lengkapkan rasanya.)