f Secubit Garam: Peach Flan

Thursday, July 30, 2009

Peach Flan

Salam di malam Jumaat semua..

Dessert utk berbuka puasa hari ni. Nama yg tepat K.Nor tak pasti, boleh dipanggil Peach Flan kut (kalau ada sesiapa yg tau, sila beritau K.Nor ya). Bila2 boleh buat lg nih, sbb sedap dan mudah.... Nama asal tu kalau tak silap Vanilla Flan, tp mengikut Mizan yg bagi resipi kena letak fruit cocktail. Dah K.Nor letak buah peach, jd K.Nor tukar la kepada Peach Flan.

Tekstur dan rasa lebih kurang cam triffle, cuma tak letak swiss roll atau kek span. Sedap dan tak muak sbb ada tambahan buah peach dan jelly yg masam2 manis.

Banyak tragedi sungguh nak menghasilkan dessert yg mudah ni. Sampai 3 kotak jelly K.Nor guna adeh... tak per la.. pengalaman tuh.. Yang pastinya K.Nor takkan guna lg jelly jenama Jell O, lebih baik guna brand NONA jer. Tp mengikut tetamu kehormat kat rumah td, brand Lady's Choice lg sedap.. :) Bila2 boleh buat lg nih, sbb sedap dan mudah...

Terima kasih buat Mizan yg berkongsi resipi. K.Nor nak kongsi bersama2 org lain, kalau ada sesapa yg sudi mencuba dessert ni..

Peach Flan

1 paket flan ~ boleh dibeli kat kedai bakeri
1 liter susu fresh
1/2 sudu teh serbuk agar2
buah peach ~ dihiris
1 kotak jelly NONA
400ml air

Panaskan susu dan serbuk agar2 hingga mendidih dan masukkan vanila flan.
Kacau2 dan padamkan api.
Biarkan seketika dan masukkan ke dalam bekas yg disukai.
Biarkan bahagian atas mengeras sedikit, baru la disusun buah peach kat atasnya.
Dlm periuk yg lain, masukkan serbuk jelly dan 400ml air.
Panaskan hingga mendidih.
Padamkan api dan tuang perlahan2 keatas flan td.
Biarkan hingga sejuk baru la dimasukkan ke dalam peti ais.
Hidangkan sejuk2.

# boleh gantikan peach dgn fruit cocktail
## peach flan ni sifat dia lembik cam triffle, so kalau nak makan kena scoop jer dr bekas
### mizan, k.nor tambah 1/2 sudu teh serbuk agar2 setelah bertanya pendapat tokey mee soya (kedai bakeri) supaya flan ni lebih pejal, tak terlalu lembik..

OK.. utk makluman semua ni rupa vanilla flan. Dia dlm bentuk serbuk, dah siap dgn gula dan dah siap pack gini masa beli. Kita cuma perlu masak dgn 1 liter susu fresh. Dan untuk Ummi, berat dia lebih kurang 120gm sepeket. Sori la ya, gambar kurang clear :)