f Secubit Garam: Choco Cheese Muffin

N3 Terkini

Thursday, July 30, 2009

Choco Cheese Muffin

Salah satu muffin yg best, dah acapkali buat. Choco Cheese Muffin by Hani @ Ringo. Memang best sgt, nak2 kalau kasi bakar lama sket, biar bahagian atas tu cam garing2 sket.. sedap tau.. (tp api jgn kuat ler kalau nak bakar lama2 tu, kang rentung hehe)

Disebabkan MyR tak kebah lg dr demam, K.Nor C&P resipi muffin ni dr dapur Mak Yung yg ghajennn masak tuh.. tq Ina..

CHOCO CHEESE MUFFIN
  • 140gm choco chip
  • 100gm cream cheese
  • 80gm butter
  • 2 biji telur size M
  • 60gm gula
  • 100gm tepung gandum
  • 2sk baking powder
  1. Panaskan oven ke 180℃.
  2. Potong dadu 1cm cream cheese dan butter. cairkan bersama choco chip dengan kaedah double-boiled. bila dah cair, angkat dari api, masukkan telur dan kacau dengan whisk. (cream cheese tinggal ketul2 kecil putih pun tak apa)
  3. Tambah gula dan kacau lagi.
  4. Ayak tepung bersama baking powder kedalam adunan dan kacau dengan spatula.
  5. Masukkan kedalam bekas muffin 70% penuh dan bakar selama 20 minit.

10 comments:

  1. Salam kak, huaaa sedapnya muffin tu. Bak la 2 ketui. Paper cup tu pun lawa lah kak. :)

    ReplyDelete
  2. kak muffin tu duk senggeh aje kat cheq nak suruh antaq la tu

    ReplyDelete
  3. cantik paper cup akak ni... suka la

    ReplyDelete
  4. azura .. mmg sedap 5*.. boleh2 amik la

    mimi .. mcm tau2 jer dia sengih ke mimi ya.. :)

    ita .. yer ker, akak nk hantar kn pun dah nak abis stok :)

    ReplyDelete
  5. Nor, nampak sedap muffin tu ader cheese...mesti creamy rasanyer kan? cantik colour muffin cup tu... lime green.. i liiike!

    ReplyDelete
  6. afiq >> mengikut puan besar MyR, ada problem sket dgn server. Jumlah hit utk masuk MyR menjangkau 80,000 sehari. Limit utk bulan ni dah sampai had. Jadi kena tunggu 1 Ogos ni la baru boleh masuk balik myR ya.. Dia sdg memikirkan kaedah yg terbaik utk kita semua di masa akan datang.. harap bersabar ya..

    mima >> mmg sedap, dah acapkali nor buat muffin ni. mudah sgt, just double boil bahan dan mix dgn bahan kering. cuba la buat & p/cup tu mmg cun :)

    ReplyDelete
  7. sedapnya nor,kita dah lama tak buat muffin,nnt nak ambik resepi ya..

    ReplyDelete
  8. CManggis >> silakan.. slmt mencuba :)

    ReplyDelete
  9. suka cuba resepi dlm blog akk,mtk izin yer kak...tq

    ReplyDelete