f Secubit Garam: Ikan Bakar Portugis

N3 Terkini

Wednesday, July 15, 2009

Ikan Bakar Portugis

Dah tempah tiket belum? Hari ni kita ke Portugal lak ya.. :)

Dah ramai yg cuba resipi ni kan.. Memang teringin sangat nak buat, tp list asyik ke pintas jer. K.Nor tengok mula2 tu kat rumah Cikgi Zana, pastu Puan Deana lak yg buat, pastu Cikmi lak buat. Rasanya masing2 ambil kat rumah Noreen kan.. Tp K.Nor nak letak resipi kat sini gak, boleh kan Noreen. TQ ya..

Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung
3 helai daun limau purut - dihiris halus
3 sudu besar sos cili thai
3 sudu besar minyak
garam dan gula secukup rasa
daun pisang & aluminium foil

Bahan2 kisar (kisar dengan 100ml air):
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 batang serai
2cm lengkuas
1cm kunyit
2 biji cili merah - dibuang biji
2-3 biji cili padi
3 sudu besar pes cili (cili kisar)
1cm belacan - dibakar dahulu
jus dari 1 biji limau nipis

  • lumur ikan dengan garam dan perap selama 20 minit
  • panaskan minyak
  • tumis bahan2 kisar sehingga wangi
  • masukkan sos cili thai dan kacau rata
  • bila kuah bertambah pekat, bubuh garam dan gula
  • angkat
  • letak sehelai daun pisang di atas aluminium foil
  • sudukan sedikit kuah
  • letakkan ikan dan bubuh lagi kuah diatasnya
  • taburkan daun limau purut dan bungkus kemas
  • bakar pada suhu 200C selama 30 min atau sehingga masak
  • boleh juga dipanggang di atas bara api atau di masak di atas kuali leper

source: puan norzailina nordin

2 comments:

  1. Salam Nor. Lama dah tak merayau2 kat sini. Mcm2 ada. Kiranya dah abis jelajah seluruh dunia la ni ya! Jgn lupa Malaysia dah le... Nampak mcm sedap jer ni. Leh cuba sok utk berbuka puasa...

    ReplyDelete
  2. azita .. w'salam.. tu la, mmg lama tak nampak ita.. hehe round de world tanpa perlu abis banyak duit hehe.. janji perut kenyang.. ish.. sentiasa balik m'sia punya.. haa kalau buat utk berbuka mmg sedap, td pun masa makan rasa cam bulan puasa jer :)

    ReplyDelete