f Secubit Garam: Nasi Goreng Ladna

N3 Terkini

Monday, July 13, 2009

Nasi Goreng Ladna

Menu berbuka hari ni utk Cik Abg, Nasi Goreng Ladna. Kebetulan td Naim sampai kat rumah tghari td, cuti selepas peperiksaan SMTQ (sijil menengah tahfiz Quran) dan cuti tahfiz (4 hari dlm sebulan). Alhamdulillah dia berjaya dlm peperiksaan tu, tinggal yg bulan Oktober ni, satu lg peperiksaan besar buat dia tahun ni. Naim ni mmg suka sgt dgn nasi goreng ladna ni, tu yg buat sempena dia balik bercuti.

Nasi Goreng Ladna dan Mihun Hong Kong ni sedap dimakan dgn sos cili bermadu ni. Sedap sos ni tau, cicah udang celup tepung best tau..

Nasi Goreng Ladna Simple

3 mangkuk nasi putih
2 sudu besar minyak
1 sudu besar kicap

Panaskan minyak dan masukkan kicap, bila kicap dah berbuih masukkah nasi dan kacau goreng hingga rata. Ketepikan.

udang
isi ayam
sotong
kailan
carrot
putik jagung
tomato
brokoli/bunga kobis
cili merah ~ dipotong serong
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit serbuk/kuib pati ayam
2 sudu besar sos tiram
2 ulas bawang putih ~ diketuk/cincang
garam dan gula secukup rasa
tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
air secukupnya

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan isi ayam, goreng sekejap dan masukkan udang atau sotong jika suka. Masukkan air mengikut kehendak masing2 nak kuah banyak2 mana. Nak lagi cepat, guna air panas yg baru mendidih. Bila kuah dah mendidih, masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, serbuk/kuib pati ayam, sayur2 mengikut kesukaan masing2 juga gula dan garam secukup rasa. Masak lagi hingga mendidih baru la dimasukkan bancuhan tepung jagung. Kuah jgn terlalu pekat, nanti muak. Hidangkan bersama nasi yg dah digoreng dgn kicap td.

Utk sos cili bermadu
5 bj cili padi ~ dihiris halus atau ditumbuk
2 sudu besar madu
2 sudu besar air
1 sudu besar cuka/jus limau nipis

Satukan kesemua bahan dan boleh la dimakan dgn nasi goreng ladna atau boleh dijadikan cicahan utk udang celup tepung.


Untuk K.Nor dan Aisyah, Mihun Hong Kong. Kuahnya sama jer dgn kuah nasi goreng ladna cuma K.Nor masak mihun yg dicampurkan dgn telur. Jadi lah 2 dish yg berlainan kan..

7 comments:

  1. sedap sokmo kalau Nor yg masak...walaupun ayam...mu hebat lah Nor!

    ReplyDelete
  2. Nampak nasik goreng Kak Nor nie rasa cam nak makan nasik goreng la plak...aduss...dah malam2 cenggini tak kan nak goreng nasik lagi... huhuhu

    ReplyDelete
  3. Nor... nampak menyelerakan nasi ladna tu... kreatif nyer nor..saya kadang tak timbul idea nak buat2 nasi canggini...kat umah balik2 nasi putih ngan lauk2 biasa...hehe

    ReplyDelete
  4. mycottonworld .. insyaallah sedap, cuba la buat, simple jer tp sajiah yg complete

    watie .. tak hebat pun, semua dtg dr Allah jua.. :)

    ijan .. penangan yg kat dalam perut tu ke :)

    fzmenu .. buat dish yg cam gini la senang, all in one hehe, simple jer

    ReplyDelete