f Secubit Garam: Jom Ke Thailand.... Sawadikha...... :)

N3 Terkini

Saturday, July 11, 2009

Jom Ke Thailand.... Sawadikha...... :)

Dari Jepun kita ke Thailand pulak.. Bila entah boleh g jumpa adik siam yg sorang tu..

Menu yg saaaaaaangat sedap, menyelerakan sekali. Kalau tak caya kena tanya yg dah pernah buat, Ina@Hana, Kakyu the supermom, Mimi, Ziehelmy.. sapa lagi ek.. sori ya kalau terlupa sebut nama. Eh Masz dah buat gak kan.. ish kalau tak sebut ni ada lak yg melalak kang..

Resipi dah pernah letak dulu, tak per la K.Nor letak sekali lg.. nih tengah ghajen.. :)

IKAN DALAM TAMAN @ PLA LUI SUAN

1 ekor ikan siakap
1/4 caw tepung serbaguna
minyak utk menggoreng

Bersihkan ikan dan keringkan. Gaul ikan dgn tepung dan goreng hingga masak.
Angkat dan toskan.

Bahan2 Sos
1/4 cawan bawang putih
1/4 cawan bawang merah
3 helai daun limau purut
2 sudu besar daun ketumbar yg dipotong
3 batang serai
3 - 5 bj cili api
3 sudu besar sos ikan
4 sudu besar air limau nipis
2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar pes cili sangai

Hiris halus bawang merah, bawang putih, daun limau purut, serai dan cili api.
Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Curah bahan2 ni atas ikan yg dah siap digoreng td.
Boleh la dihidangkan..

2 comments:

  1. Walla...dalam kemalasan ku ari ni dapat aku dtg secepat kilat memakan ikan yg terhidang itew....ha..ha..ha....nyum..nyum...sapa lambat dah abis...!!

    ReplyDelete