f Secubit Garam: Carrot Pound Cake

N3 Terkini

Thursday, July 9, 2009

Carrot Pound Cake

Kali ni buat lagi, setelah duk terbayang jer tengok org tayang kek carrot. Dulu K.Nor dah pernah buat tp dlm bentuk cupcake. Memang dah jatuh cinta dgn rasa kek carrot ni. Cuma bila Ina dan Ika kata letak madu lebih sedap, K.Nor cam biasa ler mengejjas resipi asal Carrot Pound Cake yg diambil dr rumah CMG. Sori ya Che Mat, pandai2 jer ejjas resipi org lain nih.. Dan mintak izin la nak letak resipi tu kat sini. TQ ya..

Carrot Pound Cake

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 g mentega
2/4 cawan gula halus ~ K.Nor guna 1/3 cawan jer sbb K.Nor masukkan 2 sudu besar madu
1/4 cawan gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur gred A
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boleh ganti dgn susu cair)
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan parutan lobak merah
1 genggam isi kacang pistachio, cincang kasar (jika suka) ~ K.Nor tak letak
1 sudu teh ovalette ~ K.Nor tambah utk melembutkan lg teksture kek
sedikit parutan kulit oren

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser loaf tin berukuran (9 x 4 x 3.5) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak tadi. Ambil 2 camca besar tepung dalam resipi tadi dan gaul dengan lobak parut hingga rata. Ketepikan.
  2. Putar mentega bersama gula halus dan gula perang hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan sederhana, masukkan esen vanilla diikuti terpung berselang seli dengan whipping cream (atau susu cair), hingga habis, kacau rata.
  3. Tambah lobak merah, parutan kulit oren dan cincangan kacang pistachio. Gaul sebati. Tuang dalam tin tadi dan bakar 45 minit atau hingga masak. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengahnya, jika lidi tadi keluar bersih, tandanya kek anda telah masak.
  4. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaring sebelum dipotong. Sesuai untuk minum petang.
Creamcheese Frosting

125gm creamcheese
6-gm butter
60gm gula icing ~ ayak

Pukul cheese dgn butter hingga kembang dan masukkan gula icing dan pukul lg hingga betul2 kembang dan gebu
# sori la ya, carrot cake ku kurang gebus arini.. kat mana laa silap tuh.. tp rasa maintain sedap tau!

No comments:

Post a Comment