f Secubit Garam: Ayam Panggang Kuali

N3 Terkini

Thursday, July 9, 2009

Ayam Panggang Kuali

Dulu dah gempak dgn Kembung Masak Kuali Che'Iza yg pemes tu. Kali ni timbul lg satu nama yg lebih kurang, Ayam Panggang Kuali. Cuma kali ni menggunakan ayam dan bukan ikan kembung. Dah Yatt rekomen yg rasa masakan ni enak dan lazat, K.Nor pun tergerak hati la nak cuba. Sememangnya diriku sentiasa nak cuba resipi baru yg memikat mata dan nafsu hehe.. Yatt, K.Nor nak letak resipi tu kat sini ya.. tq

Sebab Yatt hanya letak bahan2 yg digunakan dan tak ada sukatan yg betul2, jd K.Nor letak la kat sini, mengikut apa yg K.Nor buat td. Terpulang la pada masing2 kalau nak ngejas sendiri banyak mana bahan yg nak digunakan atau nak ikut yg K.Nor dah buat ni..


Ayam Panggang Kuali

1 ekor ayam ~ dipotong kecik sket
1 labu bawang besar ~ yg ni k.nor tambah
5 bj bawang merah
3 ulas bawang putih
1 in halia
1/2 in lengkuas
2 batang serai
3 bj cili merah ~ tambah lg kalau nak lagi pedas
3 bj cili api
2 bj buah keras
sedikit kunyit hidup
(blend bahan2 di atas)

santan (sedikit saja) ~ k.nor guna 1 cawan santan fresh
2 kpg asam keping
daun kunyit
daun limau purut
garam
nisan/gula melaka ~ k.nor tak guna gula tp guna nisan
air secukupnya

Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg diblend hingga pecah minyak.
Masukkan ayam.
Kacau dan masak hingga isi ayam kecut sket dan masukkan air.
Masak hingga mendidih dan masukkan santan.
Tutup kuali sehingga kuah mendidih dan masukkan garam, nisan/gula/gula melaka dan asam keping.
Masak lah hingga kuah agak2 kering dan masukkan daun kunyit dan daun limau purut yg dah dihiris halus.
Kacau2 sekejap biar sebati dan boleh la ditutup api.

*Kata Yatt sedap dimakan dgn ketupat atau lontong Tp K.Nor makan dgn ketupat palas dan tghari td hidangkan utk Luqman makan dgn nasi. Best tau td berbuka dgn rendang ni dicicah dgn ketupat.. :)

4 comments:

  1. kak cedapnya nmpk ayam tu nak pulak kena ngan tupat tu isk bila la nak buat tupat ni

    ReplyDelete
  2. Alamak ada ayam panggang kuali ni lagi... aduii...sedapnye Kak Nor.. kalau dpt mn ngan ketupat tue harus rasa cam pagi raya jer... huhuhu

    ReplyDelete
  3. Salam Nor...pepagi buta...dah dapat mood musim perayaan ni....tadi kat umah Noreen...siap ada maruku...kat sini lak ada tupat....baru puasa rejab!!!Selamat Hari...hari...

    ReplyDelete
  4. mimi.. ketupat k.nor tu yg tunjuk2 kat pasar tani jer :P

    ijan .. mmg masa makan smlm cam hari raya jer, cuma tak dengar bunyi mercun :)

    watie .. tanda2 awal nak raya la tu..

    ReplyDelete