f Secubit Garam: Sotong Masak Kunyit

Friday, July 3, 2009

Sotong Masak Kunyit


Kali ni try resipi Sotong Masak Kunyit by HaSue. Not bad gak, sesekali tukar selera masak sotong kan.. Sue, mintak izin nak C&P resipi kat sini ya..

Sotong Masak Kunyit

400g Sotong (saiz sederhana)-Buang kulit dan dakwat sahaja,potong jika suka.

2 Tangkai cili merah* (boleh letak cili api jika suka pedas)

2 Ulas Bawang Merah*

1-2 Ulas Bawang Putih*

1cm Halia*

4 cm Kunyit Hidup*

1/2 sudu kecil Belacan*

1 Batang Serai (dititik)

3-5 Keping Asam Gelugor(bergantung pd citarasa)

1 Sudu garam,secubit gula,secubit perasa(semuanya bergantung pd citarasa masing2)

  1. Sotong dicuci bersih dan toskan airnya. Bahan2 bertanda * ditumbuk lumat.
  2. Panaskan sedikit minyak,tumis bhn dah ditumbuk sehingga naik bau dan agak garing..Masukkan asam gelugor dan serai.Kacau rata..
  3. Kemudian,masukkan sotong dan kacau sehingga sebati..masukkan sedikit air dan semua bahan perasa..
  4. Jangan masak terlalu lama. Padamkan api apabila semua bahan sudah sebati dan cukup rasa..