f Secubit Garam: Marble Chocolate Rolls

N3 Terkini

Monday, July 27, 2009

Marble Chocolate Rolls


Memang sentiasa tirguda dng roti/bun kat rumah Noreen. Kali ni cuba Chocolate Marble Rolls pulak. Tp duk baca step nak mencanai, melipat, menggulung berulang kali, tak faham2 gak. Otak dah tua ni, jamm ler.. nak kena tengok step by step baru la menjadi kut.. Kalau ikutkan tak faham, sampai bila2 pun tak leh nak buat. Last2 buat aje la, canai, lipat dan guna cara K.Nor sendiri, asal menjadi roti.. Jgn jd benda lain dah.. hehehehehe

Noreen, K.Nor C&P resipi tu kat sini ya.. tq


Bahan-bahan (12 biji):
Bahan2 chocolate paste:
20gm tepung kek
50gm gula pasir
1 biji telur putih
80ml susu segar
18gm serbuk koko
10gm mentega

Bahan2 doh:
240gm tepung roti
60gm tepung kek
55gm gula pasir
10gm susu tepung
2 camt instant yeast
1/2 biji telur ~ k.nor guna 1bj telur kuning dr yg digunakan dlm choc. paste
150ml air sejuk
30gm mentega
5gm (1 camt) garam

cara:
  • cara membuat chocolate paste: satukan gula pasir dan tepung kek ke dalam putih telur dan kacaukan sebati. ketepikan
  • panaskan susu di dalam mangkuk tahan panas dengan api sederhana panas sehingga hampir2 mendidih
  • masukkan serbuk koko dan kacaukan rata
  • setelah itu tuangkan campuran putih telur tadi dan kacaukan lagi sehingga sebati
  • akhir sekali masukkan mentega dan kacaukan lagi sehingga sebati
  • angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam fridge supaya keras sedikit
  • cara membuat doh: masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap selama 1 1/2 bergantung pada jenis BM
  • kemudian keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 10-15 min
  • keluarkan chocolate paste yang disimpan di dalam fridge
  • bentukkan menjadi bulat dan letakkan di atas plastik freezer yang telah dibelah dua
  • kemudian canaikan chocolate tadi supaya menjadi bentuk 4 segi
  • selepas itu canaikan pula doh menjadi bentuk triangle
  • ambil chocolate paste tadi dan letakkan di atas doh tadi
  • kemudian lipatkan doh kiri dan kanan (lipat dua) supaya menutupi chocolate paste
  • canaikan lagi doh tadi menjadi bentuk triangle dan kemudian dilipat bahagian kiri ke dalam dan lipat bahagian kanan ke dalam menidih bahagian kiri tadi (lipat dua lagi - cara seperti membuat croissant)
  • ulangi lagi sehingga 3-4 kali
  • kemudian gulungkan doh tadi seperti swiss roll
  • potongkan kepada 12 bahagian dengan setiap satu seberat 60gm
  • bentukkan setiap satu menjadi bulat dan susunkan ke dalam loyang
  • pastikan dijarakkan dengan 1 jari setiap satu dengan yang lain
  • kemudian biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • setelah doh naik bakar pada suhu 180C selama 15-20 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan sapukan dengan sedikit olive oil
  • enak dimakan untuk minuman pagi atau petang

note: kelembutan roti nie buleh tahan sehingga 4-5 hari

Jgn pandang pada rupa yg sememeh ni ya... sbb taste dia sgt mabeles! :)


Mmg best bangat roti ni, lembut, gebus jer.. dgn wangi coklat bila bakar tu. Sampai Luqman pesan buat hari2 pun tak per roti ni.. Memang nak kena buat lagi, pagi ni dah pinish.. dia dan Aisyah siap bawak bekal ke sekolah.


3 comments:

  1. oklah tu kak nor...yg penting rasanya tu...
    lagilah seronok masak bila anak2 suka..kan?

    ReplyDelete
  2. masuk list entah bila la nak buat tu yer kak

    ReplyDelete
  3. suzi .. betul3... asal laku dah, mmg semua suka roti ni suzi.. sedap

    mimi .. jgn tak buat tau mimi.. sedap!

    ReplyDelete