f Secubit Garam: Durian Muffin

N3 Terkini

Thursday, July 16, 2009

Durian Muffin

Resipi asal Durian Hazelnut Muffin by CMG. Tp sebab tak guna hazelnut, kena la panggil Durian Muffin atau Muffin Durian jer kan.. Tak per Che Mat kan.. tukar2 nama sket. Sedaaaaaaaaaaaaap sgt muffin ni, lembut jer. Wangi semerbak masa proses pembakaran petang td. Pada penggemar durian dan muffin, cuba la buat ni tau.. best!

Che Mat, mintak izin letak resipi kat sini ya.. TQ..

bahan2:
125 g mentega
100 g gula halus

2 biji telur gred A + 1 kuning telur

130 g tepung gandum*

3/4 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan diayak)

20 ml susu segar

70 g isi durian

30 g hazelnut, dicincang kasar

Pukul mentega, gula dan telur hingga kembang dan gula hancur. Masukkan isi durian dan terus memukul hingga sebati.
Masukkan tepung berselang seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
Masukkan cincangan hazelnut, dan gaul rata menggunakan spatula. Boleh juga diganti dgn walnut, badam atau tak payah letak kalau tak nak..
Isi dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn sebiji hazelnut. Banyak atau sikit bilangan muffin bergantung pada saiz muffin cup masing2.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C, selama 25 minit. Sejukkan atas redai.

ni utk rujukan K.Nor dikemudian hari dan juga pd sapa2 yg berminat utk mencuba :

setelah buat muffin ni sekali lg keesokkan harinya, K.Nor edit sket bahan2 yg digunakan sbb pada pemerhatian K.Nor adunan ni agak pekat dan kurang naik. Kalau sapa2 nak mencuba ikut resipi asal, terpulang la ya dan kalau nak ikut apa yg K.Nor dah edit ni, silakan.. sebelum tu nak mintak maaf dgn Che Mat sbb dah mengejjas resipi asal dia.. maaf ya Che Mat :) Setelah di ejjas ni, muffin yg K.Nor hasilkan lebih lembut dah moist, dan pastinya lebih sedap!


bahan2:
125 g mentega
100 g gula halus

2 biji telur gred A

130 g tepung gandum*

1 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan diayak)

50 ml susu segar

120 g isi durian

30 g hazelnut, dicincang kasar ~ K.Nor tak letak

1 sudu teh ovalette
kepingan badam atau cincangan badam utk ditabur kat atas muffin

7 comments:

  1. salam nor..semalam bau budu..hari ni bau durian!..mana tahan ni!

    ReplyDelete
  2. Nie mesti lebey2 makan derian ngan budu Kak Nor buat muffin plak yer.. heheh... apepun nampak gebus jer muffin akak tue...

    ReplyDelete
  3. CManggis .. tak tahan ek, p buat hehe

    ijan .. mmg la, makan dgn budu seulas jer, yg lebih2 tu buat projek muffin la kan.. pandai dia.. :)

    ReplyDelete
  4. Boley try ni Nor, selalu tuh kalau ada durian takde ingat nak buat lain, asyik pulut durian je... :)

    ReplyDelete
  5. fzi .. banyak lg menu yg berasaskan durian, cuba cari kat myr

    ReplyDelete
  6. Sedapnya. Comelnya. Macam mana ni, memanglah kamuorang ni semua terror buat kek n muffin. Kak gerau, menjelir lidah aje lee.

    ReplyDelete
  7. gerau .. buat muffin ni mudah jer, tak cuba tak tau.. dah menjadi syok jer nak buat lg dan lg .. cuba la..

    ReplyDelete