f Secubit Garam: Card From Mama Hawa S'pore

N3 Terkini

Saturday, July 25, 2009

Card From Mama Hawa S'pore

Waaahhh cantik nyer red roses kan.. Orang pempuan mana tak suka bunga, tambah lg bunga ros.. Kad ni dari Mama Hawa S'pore. Perkenalan secara alam maya ni memberi seribu keindahan tersendiri. Walau tak pernah bersua muka, tak pernah berdepan, apatah lagi bersembang secara zahir, namun kemesraan tetap wujud, tersemat indah di sanubari.. Thanks buat Mama Hawa.. tp satu yg musykil, ramai blogger menggunakan nick mama ........ berdasarkan nama anak atau gabungan nama anak. Jadi tak tau la nama sebenarnya, kan.. Ada yg dah tau , tp ada gak yg tak tau.. Kalau dpt tau nama sebenar tu, walau shortform lagi senang kan, nak berbahasa, nak panggil nama..

Apapun, K.Nor cukup hargai persahabatan kita semua walau secara alam maya ni.. mudah2an tuhan izinkan kita bersua muka, dpt bersembang secara langsung suatu hari nanti.. amin.. spt baru kejap td, dapat bercakap secara langsung dgn LG Perth.. Tak sangka langsung dpt bersembang melalui telefon, selama ni duk bersembang on air jer, nak2 kat forum MyR.. Seronok sangat.. kan LG! Thanks again LG ya... mmmmuuuuuah!!


Ok, berbalik pd kad Mama Hawa ni.. suka cita lah K.Nor nak panjangkan pd SEMUA pengunjung rumah buruk K.Nor ni.. Silakan la amik wat balik, dan gantung kad dinding rumah masing2 ya.. Tak ambil, rugi, kad cantik ni.. :) Jgn lupa amik tau, nak sebut 5 org payah la mama, sbb raaaaaaaaaaaaamai sgt yg kalau boleh nak bg kad red roses ni.. Jadi jalan terbaik, K.Nor nak open jer, pd sesiapa yg berkunjung tu, sudi2kan la ya..

No comments:

Post a Comment