f Secubit Garam: Puding Balqis

N3 Terkini

Monday, July 6, 2009

Puding Balqis

Lama betul tak buat puding ni. Pada sapa2 yg belum pernah rasa keenakkan puding ni, cuba la ya. Rasanya lemak, manis yg sedang2 dan rasa seakan buih (tidak pejal).

Puding Balqis

1 paket agar2 serbuk (10gm)
450ml air
150ml susu cair
2 biji telur gred A
5 sudu besar gula

3 sudu besar marjerin/butter
1 sudu teh esen vanila
pewarna mengikut citarasa masing2

  • Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan marjerin dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.
  • Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.
  • Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td. Kacau hingga sebati.
  • Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.
  • Sendukkan adunan puding kedalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak bolos masuk dalam lapisan yg pertama.
  • Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang.
# Bg yg menggunakan hand mixer, utk dptkan telur yg betul2 gebu, pukul putih telur dahulu hingga kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk, telur2 tu tak tumpah). Lepas tu baru masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lg hingga kembang dan gebu.

2 comments:

  1. nor...
    - kiranya telor tu tak dimasaklah ya?
    - telor guna semuanya?
    - agak2 boleh tak sebelum matikan api dapur, masukkan telor dan kacau (supaya telor masak)?

    * banyak pulak soalannya ya... -> buat dan cuba sendiri je lah kan hehehehehehe

    ReplyDelete
  2. k.e .. gitu la lebih kurangnya
    agar2 dah suam2 panas baru masukkan telur
    kalau k.e nak masukkan sebelum padamkan api boleh jer, tp tak jd bentuk buih la, dia jd padat sket. pastu k.e kena kacau sampai dia sejuk. nak cepat sejuk, letak dlm besen berisi air dan ais. yes, telur diguna kedua2nya sekali

    ReplyDelete