Kali dpt award dr Ijah lg, tak leh tak amik, kang merajuk adik siam tu. Tq Ijah atas award ni.. saaaaaaaaaaayang dia.. :)


f
Resipi asal Hati Lembu Masak Jintan ni by Yatt, K.Nor amik kat MyR. K.Nor guna daging lembu dan sedikit hati lembu, tu yg jd nama resipi Daging Masak Jintan. Ampun ya Yatt, pandai2 K.Nor tukar nama. Kat rumah ni K.Nor dan Cik Abg jer yg suka makan hati lembu, anak2 tak suka. Sbb tu kalau nak masak lauk daging, K.Nor spare la skit hati lembu kat dalam tu. Sori Yatt, K.Nor C&P resipi kat sini ya, senang utk rujukan akan dtg, bukan apa kang MyR demam lg susah lak. Tambah lg bulan puasa tak lama dah, kebiasaannya MyR jamm sket kalau bulan puasa. Sbb ramai yg nak masuk mencari resipi utk berbuka puasa dan resipi2 kuih raya. Rasanya lepas ni mmg kena C&P resipi2 kat rumah sendiri kan..






Ni la menu berbuka utk hari ni.. Mee Bandung Simple Mak Yung Jepun. Biasanya K.Nor kalau wat mee bandung, selalu guna resipi Dagang MyR. Kali ni nak try yg Ina lak.. ermm pasal apa tajuk n3 tu tak cukup bahan? Memang tak cukup bahan, tauhu tarak.. maleh ler nak p pasar setakat nak cari tauhu jer.. Masak jer la dgn apa yg ada, kan.. Janji udang dan daging ada, ok dah tu. K.Nor pun tambah dgn sotong ball gak tu.. Ok Ina, jom makan.. aduss terlupa nak ajak sorang lg adik siam.. jom ika, kita makan sekali ya..
Resipi asal tuan dia bg Custard Puding, tp memandai jer K.Nor tukar nama jd Puding Kastard Jagung. Bukan apa, sbb Lia tak sebut jagung kat nama tu, sedangkan ada letak jagung. Sori ya Lia.. ampun.. pandai2 jer tukar nama. Tp kredit nak bg kat Lia gak, sbb sedap tau puding ni. Tengok kat rumah Lia smlm, dia buat puding ni menggunakan jagung fresh. Kebetulan kat dapur ada lg stok jagung yg belum direbus, tu yg berdesup jer g buat puding ni. Dah tak tunggu Lia jawab berapa sukatan air yg digunakan, K.Nor buat jugak la, pandai2 sendiri mengejjas. Lia guna sukatan mug, tp mug ni banyak saiz kan. K.Nor try aje la guna mug kat rumah ni, tp dah K.Nor sukat. Senang lain kali bila2 nak buat lg, sbb anak2 suka puding jagung ni. Dia org lebih suka puding jagung yg lembik2, tak spt biasa yg boleh dipotong tu. Just scoop direct dlm bekas.
Jom minum air nenas utk berbuka hari ni..
Air gula nenas dan nenas yg balance tu boleh disimpan dlm peti ais dan dibancuh semula bila nak minum
Jeruk Kundang a.k.a buah stor kalau org Ganu panggil. Asalnya akak yg menyapu/membersihkan sekitar bangunan perumahan ni yg offer buah kundang ni. K.Nor mmg tak makan buah masam2, tp org dah offer kita amik jer la.. Boleh gak buat jeruk utk Aisyah dan Cik Abg. Dia bg pd hari Sabtu baru2 ni, dan nak buat jeruk ni mmg amik masa skit, start dr membelah buah utk membuang biji dia yg berwarna purple/kundang tu, hingga lah ke siap menjadi jeruk. Tak payah nak mintak la ya.. dah finish pun, siap bg2 kat jiran2 kat sini. Kalau nak, kena wat sendiri, kat bawah nanti K.Nor ajar step by step nak buat jeruk ni. Itu pun kalau ada yg nak buat. Kaedah buat jeruk ni sama gak kalau nak buat jeruk mangga atau pauh.
Jeruk Kundang
Kali ni award dr Ina@Hana@Mak Yung Jepun nun..errmmmm........ yer ke blog K.Nor lovely? Kalau ya, mekacih ya... apa la sgt blog K.Nor ni nak dibandingkan dgn blog2 org lain yg lagiiiiii cun dan dah lama bertapak kat alam maya.. Apa pun mekacih sekali lg kerana sudi hadiahkan award ni utk K.Nor, cun gak tu award tu.. sweet jer dgn pink roses tu..
Menu hari ni, daging merah tiga rasa resipi asal oleh Footscray MyR. Komen?? Sedaaaaaaap, dgn rasa tomyam, masam2 dan pedas.. Tp K.Nor edit skit kaedah memasak, K.Nor rebus dulu daging tu, supaya cepat empuk dan tambah sedikit lg paste tomyam utk lg kick rasa dia..
Tau tak apa perisa eskrim ni, bukan stoberi ya. Cuba tengok kaler dia yg cun melecun tu.. tak campur pewarna sedikit pun. Original colour tu tau. Ni atas permintaan Luqman yg dah jd peminat dragon fruit atau buah naga. Hari tu pernah dia mintak K.Nor buatkan eskrim dgn buah naga, jd ni la hasilnya. Alhamdulillah.. menjadi dan sedap lak tu.. angkat bakul nih.. hehe
K.Nor mengolah eskrim buah naga ni dr resipi eskrim CMGebu, iaitu Ais Krim Kacang Merah. Memang K.Nor suka dgn resipi ni dan selalu mengolah dgn menggunakan bahan lain spt durian dan jagung. Bahan2nya senang dan menjadi lak tu bila dibuat. Che Mat, mintak izin nak copy resipi eskrim tu kat sini ya..
Seperti yg dijanjikan minggu lepas, ni K.Nor letak n3 resipi Jelly Kelapa yg dah diulangkali cuba untuk menghasilkan jelly yg mengikut piawan anak2 dan cik abg hehe.. selagi tak dpt spt yg selalu dimakan, selagi tu la si emak kena ngejas. Tak per la si emak tu ada vit R lebih sket, demi anak2 dan suami tersayang kan.. Yang menjadi masalahnya nak dptkan bekalan kelapa muda. Mula2 buat hari tu, K.Nor beli kelapa muda kat pasar tani masa hari Khamis. Bila nak try buat sekali lagi dan g ke pasar tani yg hari Sabtu, org tak jual pulak kelapa muda hari tu. Smlm mintak cik abg g cari kat tepi jalan kat tempat selalu org jual air kelapa muda. Akhirnya dpt la jugak, walau harga berganda dr yg dijual di pasar tani. Dah la gitu, isi kelapa tu, ya rabbi, ciput jer. Dari 3 bj kelapa muda yg dibeli, tak sampai 1 cawan pun isi kelapa muda tu.. Yang banyaknya air jer. Tak per la, demi menunaikan janji yg dah dibuat, K.Nor buat jugak jelly kelapa muda ni.
Dah seminggu berlalu, baru nak raikan besday puteri nan satu yg ke 13 ni. Kesian dia, masa harijadinya pd 12 Jun tu, si emak duk sibuk dgn projek wedding cake Izah. Dah cakap awal2 kat dia, akan buat gak something utk dia raikan bersama kawan2 dia kat sekolah, tp bukan pd hari tu la. Nak buat cuppies ni pd hari sekolah, tak best pulak sbb dia biasanya balik sekolah dah petang2 hari. So dia kata ok jer bila K.Nor ajak buat hari Sabtu, boleh la dia bawak ke sekolah pd pg hari Ahad.
Mula2nya plan nak buat sebiji kek tp dia kata susah nak bahagi2kan kat kawan2, so K.Nor buat la cuppies ni. Senang skit kan, bg jer sebiji tiap sorang. Semuanya dia yg pilih, dr cupcake coklat, ke warna2 yg digunakan utk menghias buttercream. Cuma design jer si amatur ni yg reka2. Mula2 buat lakaran love tu, dgn tangan yg terketar2, terhasil la love dgn pelbagai rupa.. senget benget hehe.. almaklum ler org yg terrrrrrramat terror mendeco :) .. Cik Abg komplen, tak sharp line tu.. yer la tangan tak biasa main kan, lain la dgn tangan dia yg mmg terror bab design .. Mula2 tu dah frust tengok love yg semacam jer, pastu dtg idea letak rossette kuning sekuntum dan hias dgn daun2 di tepi bunga tu.. wallaaa cantik la pulak.. cantik kat mata K.Nor laa.. kalau sendiri tak puji sapooo lg nak puji kan.. heheh.. bila dah ada bunga dan daun2 tu, baru la cik abg kata cantik.. ermm ... baru nak puji ya...
Ini la hasil keras tangan org yg tak biasa main BC nih.. jadi la ya Kak Teh.. setakat tu jer mak boleh buat.. kena banyak kali praktik lagi baru boleh buat yg lebih cantik. Rasanya dia dah cukup kembang tu bila bg kat kawan2 dia, yer la hasil tangan emak sendiri kan.. ermmmmm.. maszzzzzz mana cuppies utk menantu? ish3 mertua ni.. duk tunggu la yg dia, last2 emak sendiri yg kena buat. Tak leh harap mertua nih. Duk terima order org lain jer ya, order dr menantu tak nak layan ya... :P
Tengok gambar dah la ek.. tak tau nak pot pet apa hari ni. Perut dah la sendat dgn lunch hari ni yg sedap ni.. mata pun dah start kuyu... Bantal pun dah memanggil kut hehe.. Udang Goreng Berempah ni resipi by Dayang Jack, yg selalu jer keluarkan resipi2 baru.. TQ Dayang, mmg best lauk ni. Tp K.Nor guna udang biasa jer Dayang, tak ada udang galah la.. Udang kalau masak macamana sekali pun mmg sedap kan, kalau boleh meratah laaaaaaagi syok :)
Tak tau nak wat apa utk breakfast. Nugget ayam ada, tp tak rasa lak nak makan nugget. Selongkar freezer, ada lak lebihan ayam yg dah dipotong. Yang banyaknya chicken wing. Bukan la sengaja beli CW sj bila ke pasar, tp bila beli seekor ayam, part yg lain dah digunakan dlm masakan, tp CW selalunya disimpan balik dlm peti ais. Tak tau kenapa, bukan sj2 nak wat collection ya...
Resipi ni asalnya dr Fiza MyR, nun di Penang, tq2.. Tp K.Nor dah edit skit Pija ya, sbb kalau ikut sukatan asal air tu, jelly tu tak berbentuk jelly, tp dlm bentuk agar2 kelapa. Anak2 ni lebih suka yg lembik2 cam bentuk jelly, so K.Nor kena masak semula dan tambah lg air sehingga dpt mencapai kelulusan dr anak2. Ampun ya Pija.. :)
resipi akan di hapdet sehari dua lg, sbb K.Nor masih dlm proses utk membuat sekali lg jelly kelapa ni supaya mendapat hasil yg betul2 perfect. Yang kat atas ni dah diedit, tp masih tak selembut cam yg anak2 suka.. tungguuuuu......... :)
Resipi Siakap Goreng Bercili & Mangga ni dikidnap dr rumah Hazila. Tq ya Hazila, sedap tau makan dgn nasi panas2. Tapi mintak ampun dan maaf K.Nor tambah sket dgn sos ikan kasi lg umph rasa dia.. :)
Pagi smlm ke K.Berang lg, utk ziarah ayah K.Nor. Singgah kejap kat kedai tepi jalan berhampiran rumah adik tu, utk beli barang keperluan dapur yg kakak K.Nor mintak tolong belikan. Bila masuk jer kedai tu, terus nampak udang2 dlm tong besar. eeeiiii.. besorrrrrnyer udang!! Bila tengok harga sama jer dgn harga udang yg kecik skit saiznya yg dijual kat kedai/pasar yg selalu K.Nor beli. Apa lg terus rembat sekilo. Dalam kepala dah terbayang.. butter prawn.. butter prawn.. hehe
Ni projek malam td ya...
Adegan menyelongkar dlm esbok, terjumpa 1/2 pack lg stoberi yg dibeli kat baru2 ni. Sebelum stoberi tu menopouse kena la buat sesuatu dgnnya kan. Duk menyelongkar kat MyR cari resipi2 yg menggunakan stoberi sbb bahan asas. Cari yg mudah dan simple bahan2 yg diperlukan, tp tak nak buat something yg berkait dgn air@minuman tp lebih kepada nak membaking. Terjumpa la resipi puan tanah MyR, not bad, semua bahan2 ada. Keluarkan telur dan butter dr peti ais, lepas sejam, terus menggodek (K.Nor lecek jer td stoberi tu, tp kalau lain kali nak buat, just cincang2 jer lg sedap).. maka terhasil lah muffin yg enakkkkkkkkkkkk sgt. Satu combination antara stoberi yg masam2 dan coklat yg manis.. sedapppppp!! Teksture muffin yg lembut, tak manis sgt.. Aisyah duk ngap lepas satu, satu.. Sempat atau tidak nak bawak ke sekolah esok, tak tau la.. Dah la buat 1/2 adunan jer, lain kali kena buat 1 adunan lak.. Jom layan Strawberry Chocochips Muffin... tq Yani, mmg best!