f Secubit Garam: Roti Sardin

N3 Terkini

Sunday, September 6, 2009

Roti Sardin

All time favorite K.Nor sekeluarga. Menu yg wajib buat tiap kali bulan puasa. Bulan tak puasa pun biasa gak buat tp utk makan pagi atau petang la..

Resipi dan cara membuat tu akan K.Nor updatekan kemudian sbb nak kena keluar ni. Cousin call mintak tolong amik dia kat klinik. Tunggu ya pd sesiapa yg berkenan di hati nak mencuba Roti Sardin ni.
.
.
.
.

Okey, ni resipi utk Roti Sardin .

Roti Sardin

resipi : K.Nor@SecubitGaram

10 bj bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang
1 sudu besar jus limau nipis
2 bj telur
minyak

Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.
Ketepikan.


Potong dua bun burger.

Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang

Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.

Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.

Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.

Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.

Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..

Roti ni sedap dicicah dgn sos spt sos popia yg K.Nor buat semalam tu dan juga boleh dimakan dgn sos cili atau sos cili thai. Slmt Mencuba ya..

psst.. tu tangan anak dara yg duk toreh dan mengisi inti :)

2 comments:

  1. senang je nak buat roti ni. saya suka gak roti sardin ni. rajin ngan tak rajin je le nak buat.hehe

    ReplyDelete
  2. sedapnyer nampak roti sardin akak ni. Leh la tun cuba nanti. Thanks kak.hehehe

    ReplyDelete