f Secubit Garam: Cucur Udang

N3 Terkini

Tuesday, September 1, 2009

Cucur Udang

Menu sampingan masa berbuka semalam, Cucur Udang.. Tu sebelum adegan bedah siasat ya..

Ok... dah dibedah siasat pun... :)

Cucur Udang

2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 bj telur
1 sudu teh yis (mjauripan)
1 bj bawang besar ~ didadukan
daun saderi/daun bawang/kucai
taugeh
sedikit kunyit ~ nak kasi cucur kaler kuning
1 sudu teh garam
minyak utk menggoreng
# udang ~ mengikut bilangan berapa bj cucur yg dihasilkan

Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Perap sehingga adunan naik sket (dlm 1/2 jam).
Panaskan minyak dlm kuali. Minyak kena lebih ya..
Letak senduk bulat dlm minyak hingga minyak dan senduk panas.
Ceduk sedikit adunan cucur kedalam senduk dan letak udang seekor sambil tekan2 sket.
Masukkan dlm minyak panas dan goreng la hingga bahagian bawah cucur tu dah tak melekat kat senduk.
Goyang2kan sedikit senduk atau kuis jer dgn sudu atau lidi/chopstick supaya ia lekang dr senduk.
Goreng cucur hingga masak dan angkat serta toskan.
Bolehlah dipotong 4 sebelum dihidangkan.

#boleh dicicah dgn sos cili biasa, sos cili thai, sambal kicap atau sos/air lada keropok.
terpulang pd selera anak tekak masing2 ya.. :)

1 comment: