f Secubit Garam: Daging Merah Ala Thai

N3 Terkini

Thursday, September 10, 2009

Daging Merah Ala Thai

Daging Merah Ala Thai by Jeezy ni kena cilok resipi kat rumah Mak Yung yg tak meletop lg tu.. sori and thanks ya Ina.. terpaksa selongkar dapur Ina sbb MyR demam lagi.. Ni menu utk sahur smlm sbb berbuka hanya dgn roti bantal cicah sup tulang. Mintak izin ya tuan resipi nak letak resipi kat sini..

Daging Merah Ala Thai
  • 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 sudu besar cili giling
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos ikan (thailand mari)
  • Sedikit sos tomato
  • hana tmbh halia ketuk
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)
Cara-cara
  1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
  2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
  3. Tumis bawang putih n halia sampai naik bau, masukkan cili giling.
  4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
  5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
  6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
  7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.

5 comments:

  1. sedap tu!!! lapo terus perut saya.hehe

    ReplyDelete
  2. ain >> mmg sedap ain, k.nor suka dish ni..

    ReplyDelete
  3. K.Nor..ni saya nak puji seikhlas hati ye.. Saya banyak dah (read: banyak giler) try resipi2 dalam blog k.nor ni.. saya paling suka mee goreng mamak, sup makaroni dan sausage roll.. saya buat ikut sejibik2 step akak, memang jadik.. measurement semua betol.. mmg marvellous la akak! hehehe

    ReplyDelete
  4. Bestnye daging merah ala thai ni..kalo ganti kamben aci tak kak nor? hehehe

    ReplyDelete
  5. melovesfood >> alhamdulillah.. sronok k.nor dengar. sekurang2nya ilmu yg k.nor ada, dpt jugak memberi manafaat buat org lain. tp tak semua resipi yg k.nor buat dlm ni adalah totaly milik/hasil k.nor. banyak gak yg k.nor cuba/guna resipi org lain. jd kredit tu rasanya utk semua org la ya.. dan satu lagi semua tu dgn izin Allah jua.. thanks buat melovesfood kerana sudi mencuba resipi2 kat sini.. terharu plak rasanya nih.. hehe

    ijan >> ish2 mmg hantu kamben sungguh adik sowang ni.. mmg boleh sangat2 rasanya.. cuba la.. cik abg ke yg tukang masak tu..:D

    ReplyDelete