f Secubit Garam: Ikan Masak Stim

N3 Terkini

Monday, September 28, 2009

Ikan Masak Stim

Menu request dr anak teruna yg amat menggemari ikan patin. Biasanya dgn ikan patin ni dia suka goreng dan masak stim. Hari tu dah goreng, jadi kali ni masak stim pulak la. Nak buat stail yg selalu K.Nor masak tu tp tak ada stok buah mangga/pauh so kena la tukar selera dgn guna resipi org lain.

Dalam duk mencari resipi ikan stim kat MyR, K.Nor terjumpa dgn Ikan Masak Stim by Dayang Jack. Tengok bahan2 semua ada kat peti ais terus buat resipi ni. Hasil dia?? Memang sedap, berbaloi mencuba. Mintak izin ya Dayang, nak letak resipi kat sini.

IKAN MASAK STIM by Dayang Jack

  • 1 ekor ikan segar ~ K.Nor guna ikan patin
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1/2 inci halia (diketuk)
  • 1/2 inci lengkuas (diketuk)
  • 3 ulas bwg putih (diketuk)
  • 5-7 biji cili api (diketuk)
  • 1 sb sos tiram
  • 1/2 sb sos ikan
  • 4 sb jus limau campur (limau nipis + limau kasturi)
  • 4 sb susu cair
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 1 labu bwg besar (dihiris)
  • sedikit daun sup & daun bawang (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • sedikit garam
  • 1-1½ liter air
  • sedikit cendawan dan bunga kobis~ K.Nor guna cendawan shitake dan tambahan sedikit carrot
  • 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
  1. Didihkan air di dalam kuali. Masukkan serai, bawang putih, halia, cili api dan lengkuas. Kemudian masukkan ikan. Gunakan api sederhana.
  2. Kemudian masukkan bawang besar, sos ikan, sos tiram, cili merah, cendawan, bunga kobis, daun sup dan daun bawang. Kacau dgn perlahan.
  3. Akhir sekali, masukkan susu cair, jus limau, garam, tepung jagung dan tomato. Biarkan merendidih seketika. Tutup api, dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment