f Secubit Garam: Mee Goreng Mamak

N3 Terkini

Monday, September 7, 2009

Mee Goreng Mamak


Mee goreng mamak yg simple jer tak banyak bahan atau gheter karun. Mee febret Along. K.Nor try buat mee ni dulu tanpa apa2 resipi hingga la memenuhi piawaian anak tekak Along. Bukannya special sgt tp yg perlu ada daging, kangkung dan rempah2 tu perlu banyak. Sesetengah org letak kuah kacang, tauhu goreng, cucur udang tp K.Nor tak letak semua tu. Bukan tak letak langsung, cuma kalau kebetulan ada bahan2 tu letak gak la..

Special tuk Mak Doyah .....

Mee Goreng Mamak Simple

1 bungkus mee kuning
daging (k.nor guna daging batang pinang) ~ dihiris nipis
fishball/sotong ball ~ dipotong
2 ulas bawang putih ~ diketuk
2 sudu besar cili mesin
5bj bawang merah ~ diblend
2 ulas bawang putih ~ diblend
3 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 bj tomato ~ dihiris nipis
sedikit garam dan gula
2 bj telur
kangkung
sedikit air
minyak
timun batang
limau nipis

Panaskan minyak masak dan masukkan bawang putih yg diketuk. Goreng hingga wangi/perang.
Masukkan cili mesin dan kacau hingga garing.
Masukkan bahan yg diblend dan kacau goreng hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan sedikit air utk mengempukkan daging.
Masukkan fishball/sotong ball dan tomato buah serta kicap pekat, kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Gula perlu dimasukkan utk bg balance rasa masin dr kicap2 dan sos tiram. (Hati2 bila masukkan garam, sbb dah banyak rasa masin dr kicap2 dan sos tiram td)
Goreng hingga pecah minyak pastu masukkan telur.
Kacau hingga telur masak dan masukkan kangkung yg dah dipotong.
Kacau2 kejap baru la dimasukkan mee.
Kacau mee hingga sebati dgn rempah2. Biarkan masak seketika baru la dipadamkan api.
Sedia utk dihidangkan bersama hirisan timun dan jangan lupa perahkan limau nipis bg menambahkan lagi keenakkan mee goreng ni.
Slmt mencuba..

* daging boleh digantikan dgn udang atau ayam tp K.Nor prefer letak daging.
** boleh letak ubi kentang dan tauhu yg dipotong dan digoreng hingga garing.

3 comments:

  1. mee ni fav saya gak. tp bukan yg kedai mamak buat lah, nanti x lalu pulak nak mkn.hehehe

    ReplyDelete
  2. kak nor, bagi la resepi..sedap nampak tu..kalah kedai mamak punya ni.

    ReplyDelete
  3. ain >> hehehe.. lalu depan kedai mamak aje la ya ain.. :)

    mak doyah >> ish, marah mamak kat k.nor kang.. hehe nanti k.nor letak resipi ya..

    ReplyDelete