f Secubit Garam: Popia Goreng

N3 Terkini

Saturday, September 5, 2009

Popia Goreng

Laaaaaaaaaaaaama betul tak buat popia. Kes kerajinan kureng sket. Padahal tahu sangat ahli keluarga suka sgt makan popia. Tapi smlm merajinkan diri gak membuatnya. Dengan pertolongan Aisyah masa menggulung dan Along utk menggorengnya, maka terhasil la popia ni.. Mekacih anak2 mak. Bila2 nak makan kena rajin2 kan tolong mak ya.. :)

Ni bahan2 utama inti popia, sebelum dimasak.
Heran ke ada kacang panjang.. K.Nor mmg suka letak kacang panjang :)

Haa.. dah siap masak pun.. K.Nor letak isi udang, tak nampak sgt isi udang sbb banyak duk sebelah bawah.

Okey, dah siap gulung. Tunggu masa utk digoreng jer
Ni sebahagian jer, yg lain dah masuk freezer

Popia Goreng

isi udang/ayam ~ dipotong kecil2
carrot
ubi sengkuang
kacang panjang ~ dihiris
timun batang
taugeh
1 sudu besar serbuk lada hitam
5 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1 kiub pati ayam
garam secukup rasa
3 sudu besar minyak
kulit popia secukupnya

Carrot, ubi sengkuang dan timun batang dipotong dgn pisau spt batang mancis.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan isi udang atau ayam.
Goreng sekejap dan masukkan serbuk lada hitam, sos tiram, kiub pati ayam dan garam. Kacau hingga sebati.
Masukkan sayuran yg keras dulu spt carrot dan kacang panjang, kacau.
Masukkan pula ubi sengkuang, kacau2 kejap dan masukkan taugeh dan timun batang.
Kacau/gaul semua hingga sebati dan biarkan seketika jer pastu terus tutup api.
Jgn masak lama nanti sayuran jd lembik.
Toskan dan masukkan ke dalam bekas lain. Jgn dibiarkan inti berterusan duk dlm kuali sbb haba kuali dan dapur boleh teruskan proses masak sayuran tu.
Bila dah sejuk boleh la di gulung dlm kulit popia hingga habis.
Bolehlah digoreng hingga masak dan dicicah dgn sos popia.
Lebihan yg belum digoreng boleh dimasukkan kedalam bekas dan disimpan didalam freezer.

* jgn sesekali potong sayuran dgn penyagat. Ni yg membuatkan inti jd kurang sedap dan lembik. Kalau kita potong dgn pisau, inti tu insyaallah akan masih rapuh.. krup krap lg bila dimakan.
** jgn sesekali masukkan air masa menggoreng inti sbb air dari sayuran spt timun, taugeh akan keluar. Bila dah bercampur dgn air yg kita masukkan, inti akan jd kurang manis.
*** proses menggoreng inti tak leh lama2, nanti inti jd lembik . Jadi perlu menggunakan api yg kuat sikit.
**** kuah yg terhasil jgn ler dibuang, sayang tuh.. sedap bila dihirup..

4 comments:

  1. rajin anak2 kak nor, harap2 anak sy pun serajin tu nanti bila dah besar..
    inti tu goreng sekejap jer ler kan..

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap pulak popia kak Nur...baru2 nie buat popia pula tapi intinya lain,.. saya punya tak sedap..:)

    ReplyDelete
  3. zai >> k.nor mmg suka melatih anak2 masa dia org kecik2 lagi sbb ni akan memberi kebaikan buat dia org gak bila2 kan..

    dapurku berasap lagi >> adeh.. panjangnya nick.. nama apa ya.. k.nor dah g rumah td, guna inti mix vege kan utk buat inti popia. maaf cakap ya, k.nor mmg kurang suka guna inti gitu utk popia sbb lebih suka dgn inti sayur2 spt yg k.nor buat ni. anak2 pun tak suka gak yg cam gitu. cuba la buat cam k.nor buat ni, dah letak resipi pun..

    ReplyDelete
  4. aida buat popia ni last week kot.
    karot, taugeh dan isi ayam.
    because last minit. tu jek yg ada.
    kebetulan, ptg tadi aida da pun potong karot & sengkuang.
    da pun masukkan freezer.
    esok aida nak buat popia.
    nak tambah isi udang & timun.
    tak nak guna ayam la kali ni.

    ReplyDelete