f Secubit Garam: Mee Goreng

N3 Terkini

Tuesday, September 15, 2009

Mee Goreng

Mee Goreng Basah yg dah tak basah. Ermmmm.... mee dah kembang, dah menyerap kuah. Tak per la.... kembang pun kembang la. Permintaan anak teruna yg dah setahun tak makan mee goreng (mee kuning). Satu pinggan penuh ni licin dia makan. Setelah suapan pertama masuk ke mulut, ayat yg keluar.. emmmmmmmmm....... sedap nya mak!!!! Lamanya Along tak makan mee. Berselera dia makan mee goreng yg sememangnya menjadi febret food dia. Ni la dish yg paling dia banyak Along makan sejak pulih dr demam ni.. Alhamdulillah.. seronok dan lega hati K.Nor tengok dia makan smlm.

Setelah abis jer makan mee, Along kata, mak ikut Along duk Jordan ek.. Si emak jawab, NAK!! alahai anak mak... kalau la boleh... Kalau ikutkan masih panjang list menu yg dia ingin K.Nor masakkan. Tak tau la sempat ke tidak, minggu depan dah raya. For sure tak masuk dapur mana dah tu.. Tengok la ya, mak akan cuba penuhi kesemua hasrat Along sebelum Along fly balik ke Jordan :(

No comments:

Post a Comment