f Secubit Garam: Kek Pisang Bercoklat

N3 Terkini

Tuesday, September 8, 2009

Kek Pisang Bercoklat

Kalau ikutkan bulan puasa ni anak tekak kurang nakkan kek2 ni. Tp sbb ada special request dr anak teruna, si emak godek la jugak Kek Pisang Bercoklat kegemaran dia ni. Kebetulan beli pisang sesikat minggu lepas, tu yg Along cakap lamaaaaaaaaaaa tak makan kek pisang mak. Tu la yg buat semalam tambahan lak telur dan butter mmg sentiasa ada dlm esbok.

Kebetulan pulak adik K.Nor ada dtg dari K.Berang duk kemas2 barang kat rumah lama ayah/emak K.Nor. Jadi K.Nor bakar dlm bekas alum. bulat tu, senang nak bagi dua. Tak payah potong2. Satu utk dia bawak balik dan satu utk K.Nor sekeluarga. Cukup la tu, sekali hadap smlm tinggal sepotong jer lagi yg kat rumah ni. Tercapai la hajat Along nak makan kek febret dia tu..


Kek Pisang Bercoklat

Bahan-bahan ( saiz loyang 9" x 9" )

  • 250gm mentega/marjerin
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur gred A
  • 1 cawan pisang yg dilecek
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang
  1. Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan tepung.
  2. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
  3. Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. Saya hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
  4. Pukul mentega hingga putih dan masukkan gula. Pukul lagi hingga kembang dan gula hancur.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
  7. Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
  9. Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup

11 comments:

  1. saya pun macam nakkkkk sangat mkn kek pisang bercoklat ni lah. hmmmm..kena cari pisang la nmpaknya!!!

    ReplyDelete
  2. Am pun kononnya nak buat gak kek pisang dah 2-3 hari nak buat x menjadi, tup2 nor dah buat..kira tumpang tengok jelah ya!sedapnya nor...

    ReplyDelete
  3. Uish, geramnya tgk coklat tu!!! cantik2! ;)

    ReplyDelete
  4. dh byk kali dyg cuba tinggalkan msg kat chatbox tp x dpt tembus la k.nor. Nape yer??? kek pisang ni sungguh mengancam teringin lak nk wat lg tp ms ni kene stop dulu wat kek2 sb raya nanti nk kena buat..wajib lagi tuh..heheh

    ReplyDelete
  5. salam...
    dah lama x mkn kek pisang sedapnyeee
    tp lom penah laee mkn kek pisang bercoklat ^-^

    ReplyDelete
  6. sue pun dah lamaaa tak makan kek pisang kak norr...kak nor tak syian ke?kalo syian watkan ler seloyang..hek hek..

    ReplyDelete
  7. hehehehehe pantang semua tengok choc yg meleleh ya.. semua pakat meleleh.. hihihi

    ain >> cpt cari pisang, makin basah baju tu hehe

    am >> tengok gambor tak kenyang la.. kena la godek gak tu.. :)

    love >> terguda ya... :D

    dayang >> kenapa tu dayang? k.nor tak pakai ilmu kebal tau.. hehe

    liza >> cuba la acu try test buat kek pisang ni, insyaallah sedap!

    hasue >> ish3.. syian adik akak sowang ni.. mmg akak syian tau.. syian saja jer la..nak makan g godek sendiri nun!! :P

    ReplyDelete
  8. salam boleh ke puteri nak tau pisang apa yang sesuai digunakan?? tq

    ReplyDelete
  9. puteri >> salam.. maaf ya sampai kena 2x tanya baru boleh jawab. terlalu bz arini ni..

    jenis pisang yg boleh digunakan tak kiralah nak buat kek, apam, muffin ialah pisang yg jenis manis, tak masam. spt pisang emas, raja embun, jelai berangan, pisang montel. asalkan semua pisang tu yg betul2 masak terutamanya pisang montel.

    kebiasaannya saya guna pisang jelai atau pisang raja, sbb lebih mudah didapati kat sini dan lebih sedap.

    * saya tak pasti nama pisang yg saya sebut ni sama dgn nama yg biasa puteri/org2 negeri lain sebut.

    ReplyDelete
  10. salam kak nor, terima kasih sudi jawab soalan puteri dalam sibuk2 tu..

    insyaAllah puteri nak cuba resepi ni, nak bwk blk kg nanti...

    ReplyDelete
  11. puteri >> w'salam.. sama2 kasih.. slmt mencuba dn slmt balik kg berhari raya ya..

    ReplyDelete