f Secubit Garam: Scallop Goreng Pedas

N3 Terkini

Tuesday, September 8, 2009

Scallop Goreng Pedas

Pernah tengok? Pernah makan? Tentu ada yg pernah dan ada yg tak pernah tengok ghupa scallop kan. Kat bawah ni rupa asal scallop. K.Nor beli kat pasar tani jer. Biasa gak la duk tengok org jual tp tak terlintas nak beli. Baru ni tergerak hati nak tanya penjual ikan tu sedap ke tidak. Ish kalau tanya dia org mesti la jawab sedap kan.. kalau tak, mana la nak laku. Pastu tanya lak cara scallop ni dimasak. Dia ajar la wat sambal pedas la, gulai lemak la, cili api pun boleh. Pastu dia ajar cara nak buka. Kena amik sekeping dr cengkerang tu dan jolok dlm scallop tu, dgn mudahnyer dia terbuka. K.Nor tawakkal aje la belinya sekilo, tp lupa lak harga hehe..

Balik rumah search kat MyR ada satu resipi nak masak scallop ni dari Shamen. K.Nor tak ikut 100% sbb ada bahan lain yg K.Nor tambah. K.Nor cuma amik resipi Shamen ni sbg basic cara nak masak jer. Anak2 heran tengok rupa scallop ni sbb ni la 1st time dia org tengok dan nak rasa masakan scallop ni. Bila dah siap masak, bukan main Cik Abg, Along dan Aisyah suka. Duk cakap sedap jer. K.Nor rasa gak seketul sbb duk pulun makan bubur lambuk so biar ajer la 3 beranak tu yg duk menikmati kesedapan scallop.


Scallop Goreng Pedas

1kg scallop ~ bersihkan dan amik isinyer aje
3 ulas bawang putih ~ diketuk
1 sudu besar cili mesin
3bj cili padi ~ diketuk (lebihkan kalau nak xtra pedas)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
carrot ~ dipotong dadu
brokoli/putik jagung/bunga kobis
1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
perahan limau nipis
sedikit garam dan gula
daun ketumbar ~ dihiris
minyak

Tumiskan bawang putih hingga wangi/perang masukkan cili mesin.
Goreng hingga garing dan masukkan cili padi, sos tiram dan sos ikan.
Masukkan garam dan gula. (kalau tak letak garam pun tak per dah ada masin dari sos tiram dan sos ikan). Masak hingga pecah minyak.
Masukkan sayur2 dan kacau2 kejap baru la dimasukkan isi scallop dan bawang besar.Kacau.
Jgn sesekali masukkan air sbb nanti scallop ni akan mengeluarkan air gak.
Masak kejap jer, jgn lama2 sbb scallop ni kejap jer masak cam lala.
Padam kan api dan masukkan daun ketumbar dan perahan limau nipis.
Kacau2 dan boleh la dihidangkan.


Ni rupa paras asal scallop.. ke ada nama lain?
Dlm BM tak pasti lak nama dia, kata Yana kekapis

Ni dinner K.Nor sekeluarga semalam....

8 comments:

  1. yep..yana is rite..kita panggil kekapis scallop ni!! panndaii yana!!!

    ReplyDelete
  2. Kat sini susah juga nak jumpa yg fresh. Selalu tu beli yg frozen je.

    ReplyDelete
  3. kat sini am x pernah nmpk lagi-lah nor, atau am yg x nmpk kot? kira sepupu kepahlah agaknya..cuma scallop ni tipis sikit. 1st time nengok isi dia cam tu!

    ReplyDelete
  4. ain >> oo panggil kekapis gak ya..

    hazila >> K.Nor lak tak pernah nampak org jual yg frozen :) kalau yg frozen maknanya dah bersih, lagi la senang gitu tp harga tinggi la sket kan..

    am >> kaum kerabat kepah dan lala dll kut :)nor dah biasa nampak org jual tp tak pernah tau isidlm dia dan rasa dia camna.. ni ler 1st time..

    ReplyDelete
  5. Salam..
    masa memula kakliza dok Tganu [masa tu kat Dungun]dulu selalu ada jual..tapi le ni dok kat Kerteh baru sekali jer jumpa..
    kakliza panggil kepah Shell..aceli mmg nama scallop..akak suka buat masak lemak ciliapi + nenas..
    alahai terliuq la pulak..

    ReplyDelete
  6. k.liza >> w'salam.. oo kat kerteh payah nak jumpa ya.. kat pasar tani sini ni sesekali ada gak la yg jual tu.. tak la selalu sgt.. dah agak dah mesti sedap kalau wat masak lemak cili api nak2 kalau letak nenas kan..

    ReplyDelete
  7. Scallops nih nampak sedap jer kalo chef masak kat tv tuh..depa selalu grill ngan butter dalam nonstick pan..nampak sedap jek..tp kat sini TAK PERNAH nampak ponn..huuu

    ReplyDelete
  8. sue >> kalau grill gitu jer kurang syok gak.. sbb nak kena buang dulu kekotoran/najis dia tu.. tak syok ler nak makan kalau kita makan tanpa bersihkan betul2 dulu sue

    ReplyDelete