f Secubit Garam: Nasi Goreng Belacan

N3 Terkini

Thursday, September 3, 2009

Nasi Goreng Belacan

Melayan permintaan anak teruna dgn Nasi Goreng Belacan kesukaannya ni.. Si emak tak kisah, lagi simple laaaagi la suka nak buat :)

  • 2 mangkuk nasi putih (yg telah sejuk)
  • 7 biji cili api hijau (kalau nak lebih pedas guna yg warna merah)
  • 1 labu bawang besar
  • 50 gm udang kering (dibersihkan dan direndam)
  • belacan sebesar ibu jari
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • sedikit serbuk pati ayam
  • 1 bj telur
  • garam dan gula secukup rasa
  • Untuk daging goreng:
  • 300gm daging - dipotong kecil2
  • 3 sb kicap
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • sedikit garam dan gula
  • 3 biji telur- dijadikan telur dadar
  • daun salad, tomato/timun
  • cili api sebagai hiasan( juga utk menambahkan pedas)
  • sedikit minyak utk menggoreng daging dan nasi
  1. Daging Goreng: Panaskan sedikit minyak (lebih kurang 3 sb) dan masukkan daging. Kacau seketika dan masukkan kicap, serbuk kunyit, serbuk lada hitam, gula dan garam. Masukkan sedikit air(melitupi daging dalam kuali) dan goreng hingga kering.
  2. Telur Dadar: Pecahkan 3 biji telur ke dalam mangkuk. Panaskan frying pan, masukkan sedikit adunan telur dan goreng hingga telur masak(kekuningan). Angkat dan gulung. Ulang sehingga habis kesemua adunan telur. Apabila dadar telah sejuk bolehlah dipotong nipis2.
  3. Nasi Goreng: Blend cili api, bawang besar, udang kering (bersama air rendaman) dan belacan sehingga lumat.
  4. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak( lebih kurang 3 sb) dan masukkan bawang putih yg telah diketuk. Goreng hingga wangi dan kekuningan.
  5. Masukkan bahan2 yg telah diblend dan goreng hingga kering sedikit dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukkan telur dan kacau rata.
  6. Masukkan serbuk pati ayam, nasi dan goreng sehingga nasi masak. Hidangkan panas2 bersama daging goreng, telur dadar yg telah dipotong nipis dan daun salad serta tomato/timun. Bagi yg suka makan pedas2 bolehlah diitambah cili api tambahan.
Aik.. camna Dragon Fruit Milk Shake boleh enterpreme gak nih! Ni mesti Along punya kerja, suruh dia letak kat meja makan smlm. Siap boleh posing lagi tu.. hehehe dlm jag pulak tuh.. :)

9 comments:

  1. Syukur...dah selamat berbuka....dan sgt menarik!

    ReplyDelete
  2. wow! cntik nmpk hiasan nasi goreng kg tu, lum mkn pun dah rasa sedap. ingatkan air sirap bandung tadi? terang cntik kaler dia..(sedawa pjg-lah bujang nor tu ya! hari2 menu best2.. anak omaklah katakan..!)

    ReplyDelete
  3. salam...
    simple tp sedaaapp... ^-^

    ReplyDelete
  4. sedapnya kak nor. hari ni mmg plan nak buat ns goreng aje!

    psst...ingatkn air sirap bandung tu!

    ReplyDelete
  5. watie >> alhamdulillah.. thanks

    am flora >> ish, semua anak omak.. mana boleh pilih kasih :) tak per la am, bukan selalu dpt masak utk dia.. balik ni pun sebulan jer

    liza >> w'salam liza.. betul tu simple dan sedap

    ain >> air tu jd pink pucat sbb k.nor blend susu cair dgn ais. dia jadi membuih dan double the volume. bila campur dgn dragon fruit, tenggelam kaler pink df yg terang tu.. tu yg nampak cam air bandung tp sedap!!

    ReplyDelete
  6. wahhh menu yg cukup semua nyer.. sedap jugak kan sekali sekala pekena nasi goreng waktu berbuka

    ReplyDelete
  7. Adui! Love minat sgt sambal belacan...nih nasi goreng belacan, lagilah oomph! kan K.Nor! ;)

    ReplyDelete
  8. wah...nasi goreng favrite my hubby ni.nanti kalaus aya dah boleh memasak,saya nak amsak ikut resipi Kak Noor ya

    ReplyDelete