f Secubit Garam: Sup Merah Tulang

N3 Terkini

Friday, September 4, 2009

Sup Merah Tulang



Dua hari lepas sembang dgn Ijah Kawai, dia kata nak buat sup tulang. Setelah sekian lama dia duk berharap nak makan sup atau apa jer berkaitan dgn tulang lembu baru la tercapai hasrat dia tu.. Alhamdulillah.. Pastu baru teringat nak buat Sup Merah Tulang by Amflora ni. Dah lama duk dlm list baru hari ni berkesempatan nak buat. Memang best la sup ni, tak rugi mencuba. Thanks Am, mintak izin nak letak resipi tu kat sini ya.. tq

SUP MERAH TULANG

BAHAN2

  • 1kg daging/tulang (kambing/lembu) ~ K.Nor guna tulang lembu jer
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 1-2 biji buah tomato
  • 2 sb rempah kari daging
  • 3 sb gula (blh ditambah ikut rasa masing2)
  • 3 sb sos cili (blh ditambah)
  • Air secukupnya
  • sedikit garam
  • sedikit minyak (utk menumis)

Bahan Kisar

  • 10 tgkai cili kering (nak pedas blh lebihkan)
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1" halia

Caranya

Tulang kambing digaul dgn tepung terlebih dulu (utk hilang bau hamisnya) dan dicuci. (Kalau lembu x perlu digaul dgn tepung). Rebus tulang tersebut dengan titikkan serai (2 btg), bawang putih (2 ulas) & halia (1"). Didihkan sehingga masak. ~ Stail K.Nor kalau membasuh tulang tak kiralah tulang lembu ke kambing ke maupun hati lembu, K.Nor mmg sentiasa basuh dgn bancuhan tepung gandum utk menghilangkan bau tu.

Sementara itu, dalam periuk yg lain, tumis bahan yg telah diblender dgn sedikit minyak, masukan tomato puri, rempah kari dan tumis hingga garing. Letak chili souce & gula lalu dimasukan air diikuti dgn garam. Masukkan daging yg dah direbus , sekali dgn air rebusan. Kalau air rebusan tu sedikit saja boleh ditambah dgn air biasa. Bila dah agak nak mendidih masukkan buah tomato dan biar sehingga betul2 mendidih dan agak pekat. (Bagi yg suka blh juga letak carrot/kentang). Setelah masak boleh dihidangkan dan taburkan bawang goreng & daun sup. Sedap dimakan panas2..

12 comments:

  1. wow! menjadilah sup tulang dia..! mengancam lagi..cam terasa-rasa lak kat tekak.(oops..posalah!)cicah lak dgn roti tu adoi..brderaklah sedawa dibuatnya kan? nengok nor nyer, cam nak buat lagilah.. x leh jadi ni nor, smangat dah membara ni! cewah..

    ReplyDelete
  2. sup merah ni fav hubby. kat sini ada tpt sup merah yg sedap sgt. tp bila tengok surrounding, x lalu la nak makan. ayoooooo!!!!

    ReplyDelete
  3. nak try jugak lah,hihhiiihi dah kena jangkitan dr akak la pilk

    ReplyDelete
  4. salam ziarah,
    ada org nak tumpang masuk, boleh ker...

    ReplyDelete
  5. mesti cuba resipi ini.Last time cuba resipi akak siakap 3 rasa tue besttt sangattt!

    ReplyDelete
  6. am >> mmg best la sup ni.. sendat perut 5 beranak smlm cicah dgn roti bantal :)

    ain >> cuba la buat sendiri plak ain, try resipi ni.. sedap gak tau

    mimi >> sediakan antibiotik secepatnya ya mimi :)

    queenjah >> w'salam.. uish.. queen nak lalu, kena bg tunduk hormat tak nih.. hehe takkan nak lalu jer, tak nak singgah ke :)

    elynn >> oo dah buat siakap stim 3 rasa tu ya.. sedap kan! jgn lupa cuba resipi ni pulak.. kut2 kena dgn selera elynn ya..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak nor...

    atie nih 1st jenguk blog masakan kak nor..
    bukak dr link sape ntah...

    atie dah baca cara2 buat sup tulang merah nih tapi tak faham ler kak..
    rebus tulang sampai masak... kiranya tulang kosong aje kan??

    then tumis and masak bahan2 lain..
    bila masanya nak combine tulang n bhn perencah nih.. air tuh air kosong or guna air dr rebusan tulang tadi???

    atie ni budak baru nak belajar masak masakan heavy2 nih...

    care to explain in detail??

    thanks
    atie : attyra@gmail.com

    ReplyDelete
  8. atie >> w'salam.. kiranya terjah tak tersengaja la ni ya.. hehe

    atie.. baca betul2 ya..
    1) rebus tulang tersebut dengan titikkan serai (2 btg), bawang putih (2 ulas) & halia (1"). Didihkan sehingga masak.

    2)tumis bahan2 yg dah diblend tu dlm periuk lain. pastu masukkan bahan2 lain dan baru la masukkan daging yg dah direbus td tu. atie boleh gunakan balik air rebusan daging. manis daging terkandung dlm air tu. kalau tak cukup kuahnya tambah jer dgn air biasa.

    ermm.. bila dibaca balik ni cara2 kat atas tu, baru perasan ada step yg missing. ni ler kes kopipes resipi org tanpa baca betul2.. mesti tuan dia pun tak perasan ada missing step nih.. nanti k.nor editkan ya

    atie.. plis check email.. k.nor ada email utk atie

    ReplyDelete
  9. kak nor...

    thanks to explain..
    baru faham..
    almaklum ler budak tadik ahaks!!!

    ReplyDelete
  10. atie >> ur welcome..

    belajar tak kira umur
    tak kira la tadika ke dah tua bangka ke.. kan.. :)

    ReplyDelete
  11. rempah kari tu bukan serbuk kari kan? oh gosh, salah letak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama jer tu dik.. tak salah dah tu :)

      Delete