f Secubit Garam: Menu Berbuka 26 Ramadhan

N3 Terkini

Thursday, September 17, 2009

Menu Berbuka 26 Ramadhan

Ni la antara menu2 smlm.. Berperang sakan kat dapur semalam. Start dengan g pasar beli bahan2 pastu balik proses mana yg patut. Pastu mula dgn masak ayam kandar, masak puding roti marble, prepare utk daging grill pedas pastu main lak dgn kerang dan last sekali buat kek kukus (buah). Stop pun hanya mandi dan solat. (eh ada gak kejap2 masuk rumah ni, balas komen org kat sbox hehe)


Pastu petang tu start balik masak daging grill pedas, masak sayur air tu dan panaskan balik ayam kandar. Smlm ni masak lebih sket sbb K.Nor sekeluarga g berbuka kat rumah MIL K.Nor yg sekarang ni tinggal berdua dgn SIL yg bongsu tu. Semalam baru berkesempatan berbuka kat rumah dia tu pun kes tunggu Naim balik dr asrama. Naim naik bas jer balik dr Kota Bharu, sampai dlm pukul 5.30ptg.


Eh ada satu lagi lauk yg lupa nak posing, Ikan Singgang.. tak per la ya.. Lauk2 ni K.Nor masak siap2 kat rumah dan bawak ke rumah MIL utk berbuka. K.Nor cuma mintak dia masakkan nasi jer dan SIL buatkan air limau. Tapi MIL ni sempat gak goreng ikan dan masak kangkung goreng belacan.


Layan jer la ek, gambar2 yg diposing dlm kelam kelibut semalam ni. Tu pun shoot masa lauk2 tu duk dlm kuali dan periuk lagi.. hehe

No comments:

Post a Comment