f Secubit Garam: Sambal Sotong

N3 Terkini

Friday, September 11, 2009

Sambal Sotong

Ni la menu smlm, Sambal Sotong yg Along request nak makan. Memang dia suka benor sotong masak cam gini. Tp dek kerana lidah dia pedor/payau dan hilang selera makan, dia makan seketul jer sotong tu. Dah 3 hari dia demam panas. Dah bawak ke klinik, alhamdulillah doc kata demam biasa. Tak ada selsema, batuk or sesak nafas. So boleh la K.Nor tarik nafas lega tak la risau sangat. Tp badan dia mmg panas yg amat. Duk check kat rumah 38.4c tp bila g klinik tengok2 dah naik jd 39C. Malam tu pkl 2.30 pg dia kejutkan K.Nor kerana tak leh tidur kes badan dia terlalu panas. Mak pun tukar jawatan la, jd misi kejap duk lap badan anak. Mak mana tak risau kan, nanti nak balik Jordon camna kalau badan tak sihat. Kalau dpn mata boleh la kita buat mcm2 utk dia, tp kalau dah berjauhan apa yg mampu kita buat hanya la berdoa.. tuhan aje yg tau camna sedih masa tu duk pikir bila sesekali dia beritau yg dia demam ke tak sihat ke kat sana. Rasa nak terbang jer gi sana :(

Along ni kalau dia demam selalu nak K.Nor buatkan bubur nasi. Bubur yg ringkas jer setakat letak carrot dan ubi kentang serta isi ayam. Tu jer yg dia suka makan tiap kali dia demam, dr kecil lg dia camtu. K.Nor cuba la masak sambal sotong ni kut2 selera dia dtg balik setelah 2 hari tak makan mana. Sup tulang tempohari pun dia makan sket jer. Seketul jer roti dan seketul daging. Kuah pun sket jer masuk mulut. Payau mulut kes ubat kan.. Esoknya mula la perut masuk angin dan nak muntah2. Dengan letih dan tak ada tenaga lagi. Tengah masak sambal sotong smlm dia cakap nak makan bubur. K.Nor masak la satu pot nasi utk buat bubur. Mulanya dia makan dua tiga sudu jer bubur tu dgn seketul sotong tp tak leh nak telan gak. Last2 dia makan bubur jer, tu jer yg boleh lalu ikut anak tekak. K.Nor suruh dia makan sket2 supaya tak la sakit perut dia. Kurang2 ada la tenaga. Alhamdulillah dpt gak la masuk makanan dlm perut dan nampak dia lebih segar dan ceria sket smlm sambil duk gurau2 dgn adik2.
Pagi tadi masa bangun nak prepare sahur, tengok2 dlm periuk tinggal 1/2 jer lagi bubur. Maknanya dia dah makan 1/2 periuk bubur tu smlm (K.Nor masuk tidur awal kes sakit kepala). Syukur.. dan lega hati sorang ibu. Semoga dia cepat sembuh dan kembali berselera spt biasa .. amiiin......

Berbalik pd menu arini, K.Nor cuma masak sambal sotong, singgang ikan dan ikan patin goreng. Tak larat dah nak masak yg special2, kes kepala berdenyut yg amat smlm. (sampai tak ada pun lauk sayur ish...) Tak ada mood nak posing yg lain2 cukup la dgn sambal sotong jer. Dah banyak hari K.Nor sakit kepala (tiap kali nak bulan mengambang gini ler jadinya) tp smlm lah rasa yg teruk sgt. Migrain ler tu. Sebenarnya cousin K.Nor meninggal awal pagi semalam. Lepas g ziarah tu ingat nak drive terus balik rumah tak nak ke kubur tp bila teringat dah lama tak ziarah kubur mak K.Nor, g la jg ke kubur. Tak duduk dekat dgn org duk tanam jenazah. Duk jauh kat atas wakaf, tp bila dah cuaca panas gitu biasa la kan.. Kepala pun makin ler sakit. Lepas org dah siap tanam jenazah arwah cousin dan org beransur pulang, K.Nor ke kubur arwah emak, dekat jer dgn kubur arwah cousin tu. Sayu hati sbb dah lama benar tak ziarah kubur emak. Dah tak fikir dah kepala yg sakit sbb teringin gak ke kubur mak tu. Balik dari kubur, K.Nor singgah pasar tani jap cari sotong dan lauk2 lain. Sampai kat rumah masukkan sotong dan ikan dlm peti ais terus update n3 kejap. Abis update terus mandi dan titun. Bila bangun tu baru la rasa lega sket. Panggil anak dara kesayangan utk picit jap kepala baru la bangun masak2. Alhamdulillah ringan sket kepala.

Eh panjang benor ke cerpen arini? Lantak la ek.. ada org sudi baca, mekacih la ya.. kalau tak sudi nak buat camna.. tak ada paksaan kan.. hehe Hari ni kepala dah ok rasanya. Kalau rajin dan terlebih mood nak buat kukis rasanya.. tengok ler camna..

7 comments:

  1. kesiannya along demam. hopefully getting better by now!! saya pun kalau anak demam mesti kena jd nurse, pas tu jap2...cek suhu bdn.pas tu tuam bdn ngan tap water, klu rajin sy tuam ngan air ramasan bunga raya. saya ni klu anak2 sakit, gabra sungguh. takut!!!

    psst...saya pun lama dah tak melawat kubur mentua! lama sungguh!!

    ReplyDelete
  2. alahaiii syiannyerrr... along tk baik lagik ke kak? lama beno dier demam... akak pong byk2kan la rest! sian la pulak dtg magrain tuh! nnti tak terbuat2 kang sekut raya utk anakanda! hehe.. moga akak n along bertambah2 sihat pas nih yer! makan ubat tawwww!!

    ReplyDelete
  3. Salam kak, along demam yer...kesiannyer. Semoga cepat baik hendaknya. yelah kan, k.nor mesti dah terbayang nak masak sedap2 untuk anak kesayangan bila sesekali balik tu.nak2 makanan kegemaran along, kan. Semoga cepat sembuh yer Along, jangan lupa mkn ubat.
    Kak Nor pun kena cukup rehat juga tawwww sat gi melarat pula.take care yer kak. cayang dierrr muahhhh!!!!

    ReplyDelete
  4. KakNor..wish Along a speedy recovery yer kak. With such a lovely mother beside him, I'm sure he will get well soon. Take care Along! ;)

    ReplyDelete
  5. ain, ina, tun & love >> amin... tq so much atas semua doa2 tu.. mudah2an Allah perkenankan.. demam along dah makin sembuh cuma kepala jer rasa berat sket. makan pun dah berselera arini.. masak macam2 kegemaran tp dah kerana mulut payau dah ilang selera, so dia tak makan mana gak..tak per la asal dia sembuh dah la kan.. mekacih semua.. sayang u ols.. :)

    ReplyDelete
  6. Demam pulak anak taruna kak nor ni yer... sian betul. Demam nak manja2 dengan maknye la tue..heheh... harap2 along cepat sembuh ye... lambat sket bace entri kak nor nie..maybe along dah baik demam kot :)

    ReplyDelete
  7. ijan >> amih.. alhamdulillah.. arini nampak ceria dah dia bila bangun sahur td. thanks ya ijan

    ReplyDelete