f Secubit Garam: Tart Bunga

Wednesday, September 16, 2009

Tart Bunga

Kukis ke 3 utk raya kali ni, Tart Bunga. Kuih tart mmg tak leh miss, kena buat gak walau malesssss camna sekali pun. K.Nor dan Cik Abg mmg hantu tart nenas. Smlm buat satu adunan hanya utk tart bunga, tengok la kalau ghajen buat satu adunan lagi utk tart gulung lak. Meh la sapa2 yg terlebih ghajen tu (nak2 haSue) tolong wat tart gulung utk K.Nor nak! Inti dah siap gentel pun tuh..

Utk yg nak resipi tart bunga ni.
Sebenarnya resipi ni bukan milik K.Nor tp milik sorang jiran K.Nor yg pernah duk se kawasan perumahan ni. Dia dah lama pindah balik ke Melaka. K.Zah ni mmg tokey semekut raya. So kalau K.Zah atau sdara mara dia terbaca n3 ni, Nor mintak izin nak letak resipi tu kat sini atas permintaan org yg dah jatuh cintan dgn tart bunga ni.

Resipi asal tart ni adalah utk tart gulung. Disebabkan malas nak menggulung dan bg K.Nor lebih mudah buat stail bunga gini serta nak lain pesen sket dr org lain :) .. tu yg K.Nor wat stail munge2 nih. Jadi resipi asal tu K.Nor dah edit sket dgn menambah sukatan tepung gandum. So kalau ada yg nak buat stail tart gulung boleh sgt2 la. Tart ni mmg sedap, lembut dan gebus jer. Cuba la ya..

## harap maaf ya, K.Nor dah edit sket kat sukatan tepung..TART NENAS

250gm butter
2 sudu besar gula castor
2 sudu besar minyak sapi (k.nor guna windmill geeblend)
1 bj kuning telur
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
3 1/4 cawan tepung gandum ~ utk tart gulung
(3 3/4 cawan tepung gandum ~ utk tart bunga)


* kalau nak buat tart bunga kena tambahkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh dicanai dan tidak terlalu lembik.. jgn terlalu banyak ya nanti keras lak

jem nenas secukupnya ~ digentel bulat2 (kecik sket dr guli)

hiasan:
1bj kuning telur
1 titik pewarna kuning
1 sudu air

Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.

Cara2:
Ayak ke tiga2 tepung.
Pukul butter dgn gula hingga putih/creamy.
Masukkan minyak sapi, kuning telur dan garam.
Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Perap sebentar (arahan tuan resipi asal ya..) supaya doh mesra.
Utk wat tart gulung ~ buat la cam biasa ya.. (dr start picit doh kat acu tart tu, letak inti yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
Utk tart bunga ~ambil sebahagian doh dan canai mengikut ketebalan yg disukai. (K.Nor canai setebal 1/4 in)
Dengan menggunakan pisau angkat doh yg dah diterap dan letakkan atas papercup yg dah diletakkan atas patty tin/tray.
Tekan bahagian tengah2 dgn hati2 supaya doh masuk sket kedalam papercup.
Kemudian tekankan papercup tu supaya masuk dgn elok dan kemas jer kat dlm patty tin/tray.
Letakkan sebiji inti nenas yg dah digentel kat tengah2 dan tekan sket supaya kemas.
Sapukan kuning telur kat atas kelopak bunga.
Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C.
Angkat dan sejukkan atas redai/rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.

* Adunan mmg agak lembut/lembik sket. Kalau payah nak canai, ambil sedikit doh dan letakkan sedikit tepung gandum dan gaul hingga sebati.
* masa mencanai guna alas plastik kat bahagian bawah dan atas utk memudahkan proses mencanai dan mengalihkan doh yg dah diterap ke papercup.
* sedikit tip dari tokey semekut puchong (Hunny) utk dptkan rupa tart yg cun lepas dibakar, bakar dulu 1/2 cook tart (samada yg jenis gulung/bunga) lepas tu keluarkan dan baru la disapu dgn kuning telur. Bakar lagi sehingga masak. K.Nor akui mmg cun bila buat gini, cantik jer warna kuning telur tu bila tart siap dibakar. Tapi kerana leceh sket dan nak cepat, K.Nor cuma dpt buat utk 1 tray jer.. Cuba la kalau nak tart kita cun jer outlook dia..

Acu tart dr pandangan bawah

Acu tart dr pandangan sisi

Papercup yg K.Nor guna utk tart munge ni.. Tengok saiz yg berbeza tu
Kalau yg biasa kita guna utk wat cornflakes madu yg belah kiri (hitam) yg K.Nor guna utk tart ni belah kanan (putih - montot cup putih ni 1.25"). Saiz dia besar sket dr yg hitam(montot cup hitam ni 1")

Nampak tak beza dia, bila guna yg hitam terus terletak dlm patty tin/tray, tp kalau guna yg putih tu duk tenggek kat atas jer. Tapi bila kita dah letak doh tart yg dah diterap nanti, kita tekan sket kebawah dia akan fix dlm patty tin/tray tu dgn elok/kemas jer.