f Secubit Garam: Tauhu Kukus Dengan Sambal Udang Kering

N3 Terkini

Wednesday, September 2, 2009

Tauhu Kukus Dengan Sambal Udang Kering

Tauhu Kukus dengan Sambal Udang Kering by Dayang Jack ni mmg syok dimakan gitu jer. Dayang mintak izin C&P resipi kat sini ya..
  • 2 keping tauhu basah/lembut (dipotong ikut suka)
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk lumat)
  • segenggam udang kering (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit air asam jawa
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit minyak masak
  1. Kukus tauhu selama 7-8 minit.
  2. Sediakan kuali. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan pula cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan garam, gula dan air asam jawa.
  4. Susunkan tauhu di atas pinggan. Tuangkan sambal td diatasnya dan taburkan udang kering.
  5. ***jika x suka tauhu dikukus, boleh juga digoreng. Jadilah tauhu goreng dgn sambal udang kering :)

No comments:

Post a Comment