f Secubit Garam: Bangkit Cheese

N3 Terkini

Sunday, September 13, 2009

Bangkit Cheese

Okey Along, seperti yg dijanjikan... Dah siap dah Bangkit Cheese. Rasa cookies ni mmg sedap, lemak2 masin dan cair kat dalam mulut. K.Nor terap kecik2 ingatkan kembang cam yg Along buat, tp tak kembang sangat la pulak. Tak per la kecik pun cun gak, sekali ngap jer.

Resipi asal K.Nor amik kat rumah Alongroz, bonda bb Liana yg chumel lg tembam tu.. Resipi asal kalau tak silap dr Diana FRD kan Along.. Mintak izin ya tuan resipi asal, nak C&P resipi ni kat sini dan jutaan mekacih gak buat Along yg dah ngejas resipi ni supaya lebih mudah dibuat.. Thanks ya..


Bangkit Cheese

BAHAN2:
250g Mentega
180g Gula Aising
2 Kuning Telur
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min
225g Tepung Jagung
1/2 st BP
1/4 st Garam
70g Parutan Keju Cheddar
Sedikit Paruan Keju - utk hiasan

CARA2:
1. Pukul Mentega & Gula sehingga kembang.
MAsukkan kuning telur & pukul sehingga sebati.
Masukkan bahan2 kering.

2. Canai & terap.
Tabur parutan keju atas setiap biskut.
Bakar 160C 15 min.

7 comments:

  1. uishhh...sedapnya kak nor. ada cis lagii. nak kena raya umah kak nor ni.hehe

    ReplyDelete
  2. nor... dalam2 tak sihat... sekali keluar bangkit cheese yang gebu :p

    ReplyDelete
  3. ain >> mmg sedap tau ain.. cair kat dlm mulut.. betul ni nak dtg rumah? akak tunggu dpn tangga tau.. :D

    k.e >> dah sihat la ni k.e.. tu yg start panaskan enjin hehe

    ReplyDelete
  4. akak..patutnya biskut nih kembang ke?hee

    ReplyDelete
  5. sue >> kalau tengok yg alongroz buat cam kembang gak sue. lagi pun dlm dia tu ada baking powder sket.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. sanggar - digoreng tanpa minyak

      Delete