f Secubit Garam: Hati Goreng Dengan Bendi

N3 Terkini

Wednesday, September 2, 2009

Hati Goreng Dengan Bendi

Resipi ni K.Nor ambil kat rumah Hana Jepun nun. Resipi asal dr sapa ek.. Nanti nak g check balik dan edit smula kat sini..

OK, dah tau sapa pemilik asal resipi Leen kan.. Ina kan.. Leen, mintak izin ya nak C&P resipi kat sini.. TQ Leen & TQ Ina jugak...

Bahan-bahan
  • 500gm Hati Ayam - kalau nak rebus sekejap dulu pun ok, petua supaya masa goreng kurang meletup.
  • 1 labu Bawang Besar - potong berbaji
  • 3 ulas Bawang Putih > diketuk
  • 1 inci Halia> diketuk
  • 3 tangkai Cili Hijau - dihiris serong
  • Tambahan karot atau kacang panjang potong seinci-seinci -hana ltk bendi
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit Lada Hitam Serbuk
Cara-cara
  • hati ayam dilumur garam dan kunyit, goreng dulu hingga garing.
  • Angkat, buang sedikit minyak
  • tumis semua bawang merah,putih, cili, halia hingga naik bau atau bawang layu , masuk karot.
  • rasakan garam, tabur lada hitam, masuk hati ayam tadi, kacau goreng hingga sebati , siap angkat.

No comments:

Post a Comment