f Secubit Garam: Pizza Simple ke Pizza Roti?

N3 Terkini

Wednesday, September 16, 2009

Pizza Simple ke Pizza Roti?

Hari ni tak ada show menu berbuka yg semalam kes dapur tuan rumah amik MC dr masak lauk pauk. Bukan saja2 nak amik MC tp disebabkan kita org berbuka kat luar, tu yg bg dapur MC. Semalam K.Nor serkeluarga berbuka kat Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man (yg terletaknya Masjid Kristal tu...) atas anjuran group photo Cik Abg.

Jadi utk sahur K.Nor buat la Pizza Simple ni. Atau boleh gak dipanggil Pizza Roti kut sbb base dia dr roti. Teramat mudah nak buat pizza ni. Dah lama nampak Hazila buat (kalau tak silap la..) dan kalau tak silap gak asalnya dr Dapur Lydia@Skyblue. K.Nor buat semalam pun pakat main ingat2 gitu jer bahan dia. Biasa la kan, lagi nama kan pizza, main campak2 aje la apa yg boleh dicampak. Kalau tak silap sos dia Lydia guna sos utk spaghetti dlm botol rasanya tp K.Nor guna sos spaghetti gak, yg dah lama berkubang dlm freezer. Lebihan dr sos spaghetti yg K.Nor buat dulu. Pastu tabur hirisan sosej dan capsicum hijau dan merah. Pastu tabur jer la cheese dan last sekali sprinkle sket pizza seasoning. Masuk oven dan bakar kejap.. pastu SIAP!!

Terkejut masing2 bila sahur dgn pizza dan bukan main syok lagi makan td. Tak yah mintak la ekk, dah abis!! :)

2 comments:

  1. 1st sy mkn pizza roti kat umah abg ipo. punyalah sedap.jam2 tu gak ajak hubby beli chicken luncheon. konon2 nak buat. sampai la ni tak terbuat2. ciken luncheon tu pun naik kecut dlm freezer.hehehe

    ReplyDelete
  2. ain >> semangat jer yg tinggi ya ain..hehe

    ReplyDelete