f Secubit Garam: Kek Kukus (Buah) CMG

N3 Terkini

Thursday, September 17, 2009

Kek Kukus (Buah) CMG


Kali ni try kek buah atau resipi asal nama dia Kek Kukus by CMGebu pulak. K.Nor ni tak minat sgt dgn kek buah tp dah Cik Abg suka dan ayah K.Nor suka makan gak, tu yg buat smlm. 1/2 dr kek ni akan bg ke ayah K.Nor masa hari raya nanti. Smlm dah rasa sket dr potongan kek buah ni sebelum dibiarkan bertapa kat dlm peti ais. Sedap, moist dan tak la manis sgt. Nampak buah2 dia pun tak mendap, just nice la utk org yg tak pro dlm buat kek buah ni.. hehe

Che Mat, mintak izin nak letak resipi ni kat sini ya.. TQ * sori tak leh nak letak link dr MyR, sbb MyR dah demam sgt2 tuh.. :)

KEK KUKUS
  • 375 g buah2an campuran (mix fruit, dalam kotak)
  • 250 g mentega (golden churn, pilihan terbaik)
  • 3 biji telur Gred A
  • 300 g tepung gandum*
  • 1 camca teh soda bikarbonate*
  • 1 camca teh cream of tartar*(*digaul dan diayak)
  • 150 g gula perang (gula halus pun ok)
  • 150 g gula pasir ( untuk gula hangus)
  • 1 biji pala, diparut
  • 30 g badam keping
  • Ceri merah/hijau untuk hiasan (jika suka)
  1. Satukan buah2an campuran (mix fruit), badam keping dan parutan biji pala. Masukkan tepung yg telah diayak dan gaul hingga buah2an tadi bersalut dgn tepung. Ini penting utk mengelakkan buah dari mendak ke bawah. Dan masa ini juga jerang air hingga mendidih utk proses mengukus. Isi air hingga hampir penuh.
  2. Pukul mentega dgn gula perang (atau gula halus) hingga berkrim.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan putih, jgn terlalu kembang.
  4. Perlahankan speed dan masukkan buah2an yg telah digaul dgn tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata dan matikan mesin sebentar sementara menunggu gula hangus.
  5. Sementara itu masak gula pasir hingga bertukar menjadi gula hangus. Jangan berhenti mengacau. Biarkan gula hangus menjadi agak gelap sedikit. Awas!! berhati2 semasa memasak gula hangus....
  6. Hidupkan mesin kek. Dengan speed perlahan tuang gula hangus perlahan ke dalam adunan kek sambil terus mengacau hingga sebati. Proses ini mesti dilakukan dgn cermat dan cepat kerana gula hangus cepat membeku bila sejuk.
  7. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x 3 )inci dgn mentega dan alas dasar tin dgn kertas minyak.
  8. Tuang adunan kek ke dalam tin tadi dan hias dgn ceri merah atau hijau. ( mat cuma ada ceri kaler hijau je hehehe.....)
  9. Tutup tin kek dgn aluminium foil dan ikat sekelilingnya dgn tali rafia. Tujuannya utk mengelakkan wap terlepas masuk ke dalam adunan kek.
  10. Kukus di atas air mendidih selama 4 jam. Perlu diingatkan, lepas 1 jam perhatikan jika air berkurangan tambah air panas mendidih. JANGAN gunakan air sejuk kerana boleh membantutkan proses mengukus kek. Apabila masak keluarkan kek dari acuan dan sejukkan di atas redai kek. Biar betul2 sejuk sebelum dipotong utk mengelakkan kek pecah.
sapa2 yg nak tengok gambar step by step yg Che Mat tunjuk sila ke MyR ya, sbb gambar2 tu tak keluar nak blog

3 comments:

  1. sy lg lah tak pro kak nor. tp berniat gak nk belajar buat nanti.hehe

    ReplyDelete
  2. ain >> try la resipi CMG ni ain, sedap, moist jer

    ReplyDelete
  3. salam~
    kenape sy buat kek kukus
    selalu terbantut?jd macam ade lurah2 pd kek tu..tp sy xpenah tutup dgn kertas aluminium tu..tu ke penyebabnye?

    ReplyDelete