f Secubit Garam: May 2009

Sunday, May 31, 2009

Sayonara..

Salam... Hari ni tuan rumah ni g jalan2 ke KL, tp tak lama, 2 hari jer. Insyaallah mlm esok dah balik semula ke Tganu.. Pada tetamu tersayang, sila lah makan minum apa sj yg dihidangkan. Makan elok2, jgn sepah2kan. Sudah makan tu pandai2lah basuh pinggan dan gelas. Sapu sampah2 kalau ada ya... insyaallah kita jumpa lagi dihari selasa.. ok... KAJANG HERE WE COME!!!!

Saturday, May 30, 2009

Kek Marie Koko


Aisyah request kek batik ni lama dah, cuma si emak tak dtg seru lg nak buat. Lagi pun tunggu Naim balik dulu la baru nak buat. Memang kegemaran dia org berdua ni.. eh Along pun suka gak, kan Along kan.. Dulu dah pernah try resipi kek batik Yatiezaini, kali ni cuba resipi Ita lak. Tapi Ita guna nama Kek Marie Koko. Mak yung Hana pun rekomen resipi ni, sedap dan tak melekit katanya. Thanks Ita dan Ina..

Ice Tea with Lychee


Minuman si anak dara tiap kali kalau makan kat kedai. Musim skrg ni tak menentu kan, kejap panas terik kejap mendung dan hujan lebat. Bila minum air gini, mmg sejuk anak tekak, tp K.Nor lebih suka minum air suam2 panas dr air berais..

Friday, May 29, 2009

Nasi Beriani Karam


Hari ni anak teruna no2 balik dr asrama, sbb sekolah dah start cuti kan. Jadi si tukang masak pun masak ler yg spesel sket. Nasi Beriani Karam ni K.Nor amik kat rumah CMG. Ni dah 2nd time buat, mmg cerewet sket, tp puas hati dpt makan nasi beriani gini. Thanks Che Mat, kongsi resipi tu, kalau tak mmg fail masak nasi beriani.



Semua dah siap hidang, air pun dah ready, jom makan ...

Dalca Tulang


Ni salah satu partner nasi beriani karam tu.. Selalunya kalau buat dalca mmg tak reti buat sikit, mesti jd seperiuk besar gak. Tp tak per dalca bila bermalam dan dipanaskan balik keesokkannya, makin sedap kan, walau sayur2 tu agak lecur. Bila nasi beriani dah abis, boleh dimakan dgn nasi putih, goreng ikan masin dan tumbuk sambal belacan.. ermmmm sedap!

Acar Timun Pedas


Satu lg acar yg mudah nak dibuat. Cuma masakkan cili mesin, cuka, nisan/gula melaka, garam dan juga air sehingga pekat. Curahkan keatas timun, lobak merah, bawang merah dan cili merah yg dah dihiris nipis. Dah selalu sgt buat acar rampai, jd sesekali tukar ke acar biasa pulak.

Thursday, May 28, 2009

Kerabu Ayam


Ok, kita layan Kerabu Ayam by cikgi@ostajah Azie. Azie, akak buat dua versi tau, jgn marah ya.. K.Nor buat satu adunan jer tp bahagi dua utk test rasa.


Yang ni, bulat2 ikut resipi Azie yg makin bulat tuh hehe... Sedap tau, cik abe pun kata sedap td.


Yang ni versi mengedit, tak letak daun limau purut dan sos cili tp tukar kepada daun ketumbar dan sos ikan. Not bad gak rasanya. Saja jer la, testing2 nak tau camna rasa bila tukar bahan perisa tu..

Air Tembikai Laici


Cuaca panas2 ni kan, nyaman jer anak tekak minum jus sejuk2 gini. Air tembikai laici resipi oleh ros onigiri. Kebetulan g pasar tani td, beli ler laici fresh ni, yer la kan, skrg ni musim laici. Duk tunggu laici saiz besor dr siam, tp tak sampai2. Ijah!! mana laici, kata nak post? ^_________^


Jom minum....

Wednesday, May 27, 2009

Kari Sardin Homemade


Kebiasaannya kalau sardin, K.Nor masak tumis/sambal gitu jer. Kadang tu masak kicap resipi mak yung jepun nun. Tp kali ni cuba buat kari lak dgn sardin. Luqman yg sememangnya peminat kari, siap bertambah lg td makan nasi. Tambahan pulak ada ayam goreng lemon tu, salah satu febret dia. Ok la, tak nak pot pet banyak2, letih nih.. Jom makan...

Ayam Goreng Lemon Mamak Style


Sebelum dah pernah buat ayam goreng ni, tp menggunakan jus limau nipis. Kali ni guna lemon lak, tak ada la sgt perbezaannya. Yang pasti, wangi semerbak bau masa menggoreng nih. Kerak2 dr gorengan ni jgn dibuang, sbb tu la yg bestnyer..

Taugeh Goreng


Sayur yg paling mudah dan simple jer nak masak, tp menyelerakan. Ni sayur febret anak dara, ALONG pun suka gak nih.. Kalau tak ada udang, K.Nor ganti dgn sotong, sedap diratah gitu jer.

Tuesday, May 26, 2009

Carrot Cupcake



Ampun Che Mat, mandai2 jer K.Nor tukar nama. Tp dah buat dlm bentuk cupcake, jd kena la sesuaikan dgn nama dia kan.. tak per kan Che Mat. Resipi asal Carrot Pound Cake, K.Nor amik kat rumah Che Mat Gebu. TQ Che Mat, mmg mabeles carrot cake ni. Sekali pandang terus terguda nak buat. Memang K.Nor dan famili suka kek carrot pong.



Memang kebiasaannya kan, kalau carrot kek, kena berpadu rasa dgn creamcheese frosting. K.Nor ceduk resipi frosting ni kat MyR. Anak2 tak sabar sungguh nak ngap, masa duk mendeco td. Memang yummy, tak caya cuba la.. K.Nor tak letak pun kekacang, sbb Luqman kurang suka kacang2 nih. Resipi kali ni, mmg tak edit sikit pun, ikut bulat2. Cuma stail jer diberi rupa baru hehe.. Pada carrot cake lovers, jgn tak cuba tau.. promote jgn tak promote...


CARROT POUND CAKE
sumber : CMG
sumber : K.Nor@SecubitGaram


BAHAN-BAHANNYA :-)
125 g mentega
2/4 cawan gula halus ~ K.Nor guna 1/3 cawan jer sbb K.Nor masukkan 2 sudu besar madu
1/4 cawan gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur gred A
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boleh ganti dgn susu cair)
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan parutan lobak merah
1 genggam isi kacang pistachio, cincang kasar (jika suka) ~ K.Nor tak letak
1 sudu teh ovalette ~ K.Nor tambah utk melembutkan lg teksture kek
sedikit parutan kulit oren

Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser loaf tin berukuran (9 x 4 x 3.5) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak tadi. Ambil 2 camca besar tepung dalam resipi tadi dan gaul dengan lobak parut hingga rata. Ketepikan.
Putar mentega bersama gula halus dan gula perang hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan sederhana, masukkan esen vanilla diikuti terpung berselang seli dengan whipping cream (atau susu cair), hingga habis, kacau rata.
Tambah lobak merah, parutan kulit oren dan cincangan kacang pistachio. Gaul sebati. Tuang dalam tin tadi dan bakar 45 minit atau hingga masak. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengahnya, jika lidi tadi keluar bersih, tandanya kek anda telah masak.
Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaring sebelum dipotong. Sesuai untuk minum petang.

Ni resipi utk creamcheese frosting

125gm creamcheese
60gm butter
60gm gula icing ~ diayak

Pukul creamcheese dan butter hingga kembang dan gebu.
Masukkan gula icing dan pukul lg hingga betul2 kembang.
Boleh la disapu atau deco atas carrot cupcake td.
Nak lg sedap, sejukkan dulu dlm peti ais.




Award dr HaSue


Award ni K.Nor dpt dr HaSue. Walau dah dpt dah dulu tp bg meraikan persahabatan alam maya antara bloggers ni, K.Nor tetap tayang gak kat sini. Award dr teman bloggers ni membuat diri kita terasa dihargai, kan.. K.Nor rasa dah ramai yg terima award ni, jd K.Nor tak ikut la apa step dia tuh kan. Jadi, kepada pengunjung rumah K.Nor yg budiman, dipersilakan amik award ni ya.. jgn malu2 jgn segan2.. opss lupa, TQ Sue atas award ni.. muuuuuah!!

Udang Blackpepper Lagi..


Udang Blackpepper ke Blackpepper Prawn? Sama jer kan...Kali ni tak letak brokoli, campak jer sayur yang ada dlm esbok. Resipi boleh ambil ka sini ya..

Singgang Ikan Aya


Erkkk ikan singgang pun nak tayang kat blog ke? Alaaa dia pun nak enterpreme gak, apa salahnya kan.. hehehehe Teringat dulu masa ngandungkan salah sorang anak K.Nor, sukaaaaa sgt makan ikan singgang. Dengan nasi panas2, letak kuah singgang ni banyak2 (org ganu panggil berladung), pastu tenyeh cili api kat nasi tu. Perisi skit ikan goreng atau ikan panggang. Kadang tu kalau tak tenyeh cili, letak sambal belacan skit.. ermmmmmmmmm enak tak terkata.. Dua mangkuk nasi pun boleh abis licin..

Conney Dog

Salam dan selamat pagi.. ermm.. pagi mmg dah selamat, kan. Jadi lebih baik kita doakan semoga kita semua yg selamat.. selamat di dunia dan akhirat.. amin.. ish kuliah dhuha lak pepagi nih.. :D


Jom kita breakfast dgn Conney Dog by cikgi Fida MyR 'the cerek itam'. Lama betul tak bergurau senda dgn fida nih, sejak dia tak tanam anggur lagi dah..


Yang ni versi lain skit walau menggunakan bahan2 yg sama, kes nak perhabiskan inti. Dari conney dog kita tambah telur sebiji dan buat stail roti john. Ada ghuper roti john ke tu? Lantak la, john ke tom ke, masuk perut hancur gak kan.. Jom kita makan...

Monday, May 25, 2009

Chocolate Layer Cake


Jom kita menambahkah lemak2 tepu kat badan, dgn Chocolate Layer Cake. Tp resipi asalnya Chocolate Roll Cake by Yani, puan tanah MyR. Dah pernah buat dulu dgn kaedah roll, tp tak mejadi ler. Leper jer roll ku. Jadi K.Nor amik jalan mudah, buat layer jer. Memang sedap kek ni, si anak dara pun suka sgt. Biasalah kek coklat berpadu dgn creamcheese, mmg best kan.. Jom kita makan..


K.Nor tak ada kebun stoberi nak posing atas kek cam mak yung kat jepun nun. Letak aje la buah naga, biar la tak se menggiurkan cam letak stoberi.. Ina, poskan akak stoberi 3kg!!! ^______^

Kerisik @ Nyior Gula

Justify Full
Mari adik2 kita belajar membuat kerisik.. ni utk adik2 yg tak pandai lg laa, utk adik2 dan kakak2 yg dah pandai tu, pejam mata, tak pun p rumah org lain ya.. hehe..

Kebetulan stok kerisik udah licin, K.Nor menggodek la kelapa parut dr 2 bj kelapa utk dijadikan stok kerisik aka nyior gula. Kat Tganu ni mmg org panggil nyior gula, jgn tanya kenapa, mmg gitu panggilan utk kerisik. Dr 2 bj kelapa parut ni boleh hasilkan stok utk setahun, kalau tak banyak sgt penggunaannya dlm masakan. Memang tahan lama, gitu la tiap2 kali K.Nor buat. Tak buat sikit2, tak kose nak buat sikit2, baik buat banyak sekali gus, boleh tahan lama skit. Alhamdulillah, tak pernah tengik, walau disimpan dlm botol dan letak dlm gobok gitu jer. Dulu pernah letak dlm peti ais, tp payah nak ceduk, sbb dia jd keras. Kalau nak bg kerisik kita tahan lama, pastikan setelah semua selesai, kerisik tu betul2 sejuk dulu baru ditutup dgn penutup botol tu.

Kerisik ni biasanya K.Nor guna dlm masakan gulai daging/tulang, rendang, kerutup dan tak lupa sayur pedas batang keladi. Bila dah buat banyak gini, senang kan, nak guna ceduk jer. OK la layan jer gambar2 the making kat bawah ni ya..





Ni yg baru siap diblend. Kalau dibiar semalaman, baru la minyak akan naik kat bahagian atas tu.

Sunday, May 24, 2009

Buah Naga Lagi...


Satu lg kaedah nak makan buah naga @ dragon fruit. Potong dan letak dlm mangkuk, curah susu cair dan tabur sedikit gula pasir atau gula perang. Sejukkan dlm peti ais, baru la di ngap.. ermm.. sedap la jugak..




Nasi Tomato Ayam


Menu spesel ke ni? Agaknya la kut.. Biasanya K.Nor guna resipi Choppy MyR utk masak nasi tomato, tp kali ni guna resipi Nasi Tomato Ayam by K.Fida MyR. Sedap gak, cik abg siap bertambah lg tu, K.Nor pun hehe.. K.Nor hanya guna beras siam biasa jer, tak guna basmathi. Sebab nak makan untuk 4 beranak jer, guna beras biasa dah la.. Cam biasa, nasi tomato partner dia ayam masak merah dan acar timun mentah. Gulai kambing smlm ada lagi, sengaja masak lebih utk nak makan dgn nasi tomato ni.. sedap!

Acar Timun Mentah


Acar yg paling mudah dibuat, iaitu acar mentah. Selain menjadi partner dgn nasi tomato, boleh juga dimakan bersama nasi minyak, nasi kuning dan nasi beriani pun boleh. Bahan2 asas hanya lah sayur2 yg nak digunakan spt timun batang, lobak merah, sengkuang dan bahan sampingan spt bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah. Ada gak yg letak nenas sebagai bahan asas tambahan, terpulang pd citarasa masing2. Yang memberi perisa pd acar ni adalah cuka, gula dan garam. K.Nor tambah sedikit daun pudina utk memberi kelainan rasa dan bau pd acar ni.


Saturday, May 23, 2009

Gulai Tulang Kambing


Ini dia menu hari ni, Gulai Tulang Kambing. Kalau kat Tganu ni, bila sebut gulai semestinya menggunakan rempah gulai. Manakala kalau sebut kari, mmgnya guna rempah kari. Rasanya tak macam sebelah luar, guna rempah kari pun panggil gulai gak kan.. Itu setakat yg K.Nor tau la, mungkin kat tempat lain, sama gak cam Tganu ni.. Biasanya kalau masak gulai daging kena letak kerisik, tp kalau gulai ayam tak perlu letak. Ermm... gulai K.Nor tak berapa gelap ler, sbb kerisik td ada setoet jer.. malas dah nak buat yg lain, makan masa ler pulak nak buat kerisik nih.. Tak per la, dah siap masak pun.. makan jer la kan..

GULAI KAMBING (boleh gak guna utk daging lembu/tulang lembu)

1kg daging/tulang kambing
sedikit tepung gandum
3 sudu cili mesin
* 1 labu bawang besar
* 3 ulas bawang merah
* 5 ulas bawang putih ~ semua bahan * diblend halus
* 1in halia
*3 hirisan lengkuas
4 sudu besar rempah gulai daging/kawah
3/4 cawan santan fresh/pekat
2 bj ubi kentang
air secukupnya
nisan/gula melaka
2 sudu besar kerisik
air asam jawa
2 helai daun pandan ~ disimpul
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
minyak

  1. Tulang/daging kambing diperap dgn tepung gandum yg dibancuh dgn sedikit air. Biarkan 5 - 10 minit dan bersihkan. Toskan. (ni petua utk menghilangkan bau hamis kambing)
  2. Masukkan tulang/daging tadi kedalam periuk dan isikan dgn air melebihi sedikit dr paras daging.
  3. Masaklah sehingga 1/2 empuk. Ketepikan.
  4. Dalam periuk lain, panaskan minyak dan tumis rempah 4 beradik td (kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang) bersama daun pandan hingga wangi.
  5. Masukkan cili mesin dan goreng hingga pecah minyak dan masukkan bahan blend.
  6. Kacau dan masukkan sedikit air. Kacau lagi hingga garing sedikit dan masukkan rempah gulai serta 1/2 cawan air (boleh ambil air dr rebusan daging/tulang td).
  7. Goreng hingga pecah minyak baru la masukkan daging/tulang.
  8. Gaulkan hingga rempah sebati dgn daging/tulang. Biarkan lebih kurang 10 minit.
  9. Masukkan kesemua air rebusan td dan juga ubi kentang.
  10. Masaklah hingga mendidih dan baru la dimasukkan santan fresh/pekat.
  11. Bila kuah mendidih, masukkan air asam jawa, garam, nisan/gula melaka dan kerisik.
  12. Kalau nak masukkan 1/2 kiub pati ayam/daging pun boleh, utk menyedapkan lg rasa lauk ni.
  13. Jgn lupa mengacau ya, nanti santan naik kepala
  14. Kalau nampak kuah agak pekat dan tak pecah minyak, boleh lah dimasukkan 1 cawan air panas mendidih ke dalam kuah. Dengan cara ni, kuah akan jd cair balik dan akan pecah minyak.
  15. Masaklah hingga daging dan ubi kentang empuk (tulang memang takkan empuk kan) dan kepekatan kuah yg disukai. Nak pekat lg, tambahkan masa memasak.

# penggunaan daun pandan utk mewangikan lauk
# kuah ni sedap dicicah dgn roti/bun

Sayur Kobis Goreng


Dah blurr, tak tau nak wat sayur apa. Goreng kobis aje dah la, campur dgn suhun yg ada sikit jer lg tuh...

Pancake


Setelah seharian gantung periuk & kuali smlm, pagi ni baru start panaskan balik dapur ku. Kita breakfast dgn pancake aje ya.., hehe.. hijau mata hitam ku.. Jemput la makan semua, dah siap semua tu. Ada peanut butter, jam, sirap hershey, madu, susu pekat manis pun ada.. Opss lupa, eskrim pun ada, tp dlm freezer. Layan diri ya... sila kan...

Ni utk zura dan sapa2 yg rasa nak cuba resipi pancake ni. Resipi asal K.Nor amik kat fotopages Hajar, tp cam biasa lah dah di tokok tambah skit.

PANCAKE

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (k.nor tak letak pun)

Campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk jer.
Biarkan selama 10 minit.
Goreng dlm frying pan hingga masak.
* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.


## MASZ!!! sebut betul2.. eh dengar betul2.. P A N C A K E .................... heheheheheheh.... tegang urat perut wehhh...

Thursday, May 21, 2009

Bun Pandan Berkaya


Ni mak yung punya pasal, tak sabo2 nak tengok bun yg K.Nor buat petang td. Bun Pandan ni K.Nor amik resipi kat rumah CMG, thanks ya Che Mat. Smlm buat tak jadi, kena jangkitan dr siam kut, bak kata Ina. Kan dah kata tak leh give up, so hari ni buat lagi. Tu dia.. punya laa gebus bun pandan ku.. Yg 6 ketul tu Luqman punya, tak letak sekaya, tabur bijan jer.


Ni, kat dalam dia.. nampak tak kegebuan bun nih.. cun kan.. sedap woo.. makan panas2. Tak nampak gak ke?


Ok.. Ok.. kita kasi close-up lg.. haa.. kan nampak jelas tuh.. hehe.. jom makan..

Serimuka Comel...



Comel tak? Mesti la comel kan... Nama resipi tu tuan dia yg bagi, si Yatiezaini nun di Kemaman. Dulu buat yg twinkle2 little star tp tak cun sbb melekat jer kat acuan. Kali ni guna acu lompang ikut kehendak resipi, baru la menjadi dgn cun nyer.. Tq T, anak dara suka sgt kuih ni...



Nasi Lemak Ganu Kiter..



Menu yg ringkas jer hari ni ya.. Hari2 masak, hari2 duk perah otak mikir nak masak apa. Kadang2 blurr gak kan.. Buat nasi lemak aje dah la.. Ni la Tganu punya stail nasi lemak, dgn lauk ikan tongkol/aya, telur rebus, hirisan timun dan ikan bilis + kacang tanah goreng. Selain dr lauk2 ni, ada gak yg letak kangkung goreng dan kadang tu kacang panjang goreng yg dihiris nipis2. Jom makan... eh jom makang... ^________^

Wednesday, May 20, 2009

Ice Blended Chocolate

Salam.. N3 terakhir utk hari ni..


Td janji dgn mak yung kat Jepun nun, nak tayang bun pandan. Malangnya bun ku tak menjadi huhu.. tak tau kat mana silap mungkin yis dah menopouse kut.. doh ku naik cam anak dara yg malu2, jadi bun pun tak gebus.. tp tak la bentan hehe.. masih boleh dingap, cuma tak cun nak posing. Luqman siap ngap 2 bj tu. Dia dah asingkan, tak nak bg org lain makan yg dia punya, sbb esok nak bf dgn roti tu dan bawak bekal ke sekolah..

Tak per, never give up, esok2 buat lagi, kan ijah kan... Jadi nak mengisi slot tayangan utk malam ni, K.Nor godek Iced Chocolate by maya zakri ni.. nyaman sungguh anak tekak minum ni. Cam biasa, ejjas tak leh tidak hehe... tuan resipi suruh tuang jer susu dlm gelas tp K.Nor blend susu tu dgn ais dlm FP. Jadi cam smoothie , sedap sangat.. susu kotak dah la tinggal sekotak jer, tu pun bila buat sekotak tambah dgn ais yg diblend sama, dpt la 3 gelas iced chocolate nih.. kena buat lagi nih.. anak2 tak puas minum.