f Secubit Garam: Gulai Tulang Kambing

Saturday, May 23, 2009

Gulai Tulang Kambing


Ini dia menu hari ni, Gulai Tulang Kambing. Kalau kat Tganu ni, bila sebut gulai semestinya menggunakan rempah gulai. Manakala kalau sebut kari, mmgnya guna rempah kari. Rasanya tak macam sebelah luar, guna rempah kari pun panggil gulai gak kan.. Itu setakat yg K.Nor tau la, mungkin kat tempat lain, sama gak cam Tganu ni.. Biasanya kalau masak gulai daging kena letak kerisik, tp kalau gulai ayam tak perlu letak. Ermm... gulai K.Nor tak berapa gelap ler, sbb kerisik td ada setoet jer.. malas dah nak buat yg lain, makan masa ler pulak nak buat kerisik nih.. Tak per la, dah siap masak pun.. makan jer la kan..

GULAI KAMBING (boleh gak guna utk daging lembu/tulang lembu)

1kg daging/tulang kambing
sedikit tepung gandum
3 sudu cili mesin
* 1 labu bawang besar
* 3 ulas bawang merah
* 5 ulas bawang putih ~ semua bahan * diblend halus
* 1in halia
*3 hirisan lengkuas
4 sudu besar rempah gulai daging/kawah
3/4 cawan santan fresh/pekat
2 bj ubi kentang
air secukupnya
nisan/gula melaka
2 sudu besar kerisik
air asam jawa
2 helai daun pandan ~ disimpul
1 btg kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
minyak

  1. Tulang/daging kambing diperap dgn tepung gandum yg dibancuh dgn sedikit air. Biarkan 5 - 10 minit dan bersihkan. Toskan. (ni petua utk menghilangkan bau hamis kambing)
  2. Masukkan tulang/daging tadi kedalam periuk dan isikan dgn air melebihi sedikit dr paras daging.
  3. Masaklah sehingga 1/2 empuk. Ketepikan.
  4. Dalam periuk lain, panaskan minyak dan tumis rempah 4 beradik td (kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang) bersama daun pandan hingga wangi.
  5. Masukkan cili mesin dan goreng hingga pecah minyak dan masukkan bahan blend.
  6. Kacau dan masukkan sedikit air. Kacau lagi hingga garing sedikit dan masukkan rempah gulai serta 1/2 cawan air (boleh ambil air dr rebusan daging/tulang td).
  7. Goreng hingga pecah minyak baru la masukkan daging/tulang.
  8. Gaulkan hingga rempah sebati dgn daging/tulang. Biarkan lebih kurang 10 minit.
  9. Masukkan kesemua air rebusan td dan juga ubi kentang.
  10. Masaklah hingga mendidih dan baru la dimasukkan santan fresh/pekat.
  11. Bila kuah mendidih, masukkan air asam jawa, garam, nisan/gula melaka dan kerisik.
  12. Kalau nak masukkan 1/2 kiub pati ayam/daging pun boleh, utk menyedapkan lg rasa lauk ni.
  13. Jgn lupa mengacau ya, nanti santan naik kepala
  14. Kalau nampak kuah agak pekat dan tak pecah minyak, boleh lah dimasukkan 1 cawan air panas mendidih ke dalam kuah. Dengan cara ni, kuah akan jd cair balik dan akan pecah minyak.
  15. Masaklah hingga daging dan ubi kentang empuk (tulang memang takkan empuk kan) dan kepekatan kuah yg disukai. Nak pekat lg, tambahkan masa memasak.

# penggunaan daun pandan utk mewangikan lauk
# kuah ni sedap dicicah dgn roti/bun