f Secubit Garam: Kunjungan Ham @Airuti MyR

N3 Terkini

Monday, May 4, 2009

Kunjungan Ham @Airuti MyR

Salam...

Seperti yg dijanjikan, nak upload gambar2 Ham sekeluarga masa berkunjung ke rumah merpati K.Nor semalam (3 mei 09). K.Nor tak shoot banyak gambar, gambar2 makanan pun lupa nak shoot. Yang sempat posing pun kek pisang jer. Yer la, dalam kelam kabut tu mana la sempat nak posing2, sbb abang kamera keluar, jumpa client. Tp sempat gak la dia balik masa tetamu sedang menjamu selera dgn menu yg simple2 jer..

Ham dan famili sampai masa masuk waktu asar. Nak sediakan nasi, dah lewat sgt kan. Lagipun rasanya dia org dah makan masa tengahari tu.. K.Nor cuma goreng mihun, keropok keping, keropok lekor ( tp cik abg ham ni tak makan ikan, so dia tak makan ler keropok2 tu). Lepas tu bakar kek cekelat dan buat puding sagu bersantan tu.. Tak tau la menu2 tu memenuhi selera tetamu atau tidak... Apa pun ham, maaf la kalau ada kekurangan dari segi layanan ya..

Gambar2 anak Ham pun lupa nak amik.. Dia org ni mesra dan pandai jer layan si kecik. Dan suami Ham pun mesra dan peramah. Tp kan........ suami blogger/member myr yg paling happening semestinya jatuh pd MR Wahid, hb ana yg kat JB tu... hehehehe.. Bila sembang cam dah kenal berzaman, kan ana kan....

OK, dah laa pot pet ya.. kita layan gambar2 tak seberapa ni...






No comments:

Post a Comment