f Secubit Garam: Carrot Cupcake

N3 Terkini

Tuesday, May 26, 2009

Carrot Cupcake



Ampun Che Mat, mandai2 jer K.Nor tukar nama. Tp dah buat dlm bentuk cupcake, jd kena la sesuaikan dgn nama dia kan.. tak per kan Che Mat. Resipi asal Carrot Pound Cake, K.Nor amik kat rumah Che Mat Gebu. TQ Che Mat, mmg mabeles carrot cake ni. Sekali pandang terus terguda nak buat. Memang K.Nor dan famili suka kek carrot pong.



Memang kebiasaannya kan, kalau carrot kek, kena berpadu rasa dgn creamcheese frosting. K.Nor ceduk resipi frosting ni kat MyR. Anak2 tak sabar sungguh nak ngap, masa duk mendeco td. Memang yummy, tak caya cuba la.. K.Nor tak letak pun kekacang, sbb Luqman kurang suka kacang2 nih. Resipi kali ni, mmg tak edit sikit pun, ikut bulat2. Cuma stail jer diberi rupa baru hehe.. Pada carrot cake lovers, jgn tak cuba tau.. promote jgn tak promote...


CARROT POUND CAKE
sumber : CMG
sumber : K.Nor@SecubitGaram


BAHAN-BAHANNYA :-)
125 g mentega
2/4 cawan gula halus ~ K.Nor guna 1/3 cawan jer sbb K.Nor masukkan 2 sudu besar madu
1/4 cawan gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
2 biji telur gred A
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boleh ganti dgn susu cair)
1 camca teh esen vanilla
3/4 cawan parutan lobak merah
1 genggam isi kacang pistachio, cincang kasar (jika suka) ~ K.Nor tak letak
1 sudu teh ovalette ~ K.Nor tambah utk melembutkan lg teksture kek
sedikit parutan kulit oren

Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser loaf tin berukuran (9 x 4 x 3.5) inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas minyak tadi. Ambil 2 camca besar tepung dalam resipi tadi dan gaul dengan lobak parut hingga rata. Ketepikan.
Putar mentega bersama gula halus dan gula perang hingga putih, masukkan telur satu persatu dan terus memutar hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan sederhana, masukkan esen vanilla diikuti terpung berselang seli dengan whipping cream (atau susu cair), hingga habis, kacau rata.
Tambah lobak merah, parutan kulit oren dan cincangan kacang pistachio. Gaul sebati. Tuang dalam tin tadi dan bakar 45 minit atau hingga masak. Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengahnya, jika lidi tadi keluar bersih, tandanya kek anda telah masak.
Keluarkan kek dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaring sebelum dipotong. Sesuai untuk minum petang.

Ni resipi utk creamcheese frosting

125gm creamcheese
60gm butter
60gm gula icing ~ diayak

Pukul creamcheese dan butter hingga kembang dan gebu.
Masukkan gula icing dan pukul lg hingga betul2 kembang.
Boleh la disapu atau deco atas carrot cupcake td.
Nak lg sedap, sejukkan dulu dlm peti ais.




3 comments:

  1. akak, mane nk dptkn creamcheese tu ekk..

    ReplyDelete
  2. ayue >> biasanya kat mana2 pasaraya besar ada jual.. ada yg bernama philadelphia (brand kraft) dan ada yg brand tatura.. cari kat bahagian sejuk beku.. biasanya kat rak cheese & butter

    ReplyDelete